Assalamualaikum. Belum lagi reda marah gua dengan pencuri lahabau LC kesayangan gua, hari ini gua dengar lagi dua kes kecurian di Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam. Taktau apa perkataan yang sesuai nak menggambarkan penyangak lahabau ni. Bahasa kasarnya, masa kecik takmau belajar sungguh sungguh, bila dah besar nak menyusahkan orang. Lepastu suka suka curi harta benda orang.
Kadang kadang nak salahkan puak lahabau ni pun tak boleh jugak sebab depa ni pandai jugak ambik kesempatan atas kecuaian kita. Tak dinafikan, pada malam kejadian gua sikit alpa. Akibatnya, LC kesayangan tu dah jadi milik orang. Mungkin sekarang dah jadi bangkai dalam Sungai Klang.
Gua ucapkan takziah kepada rakan gua yang dikhabarkan kehilangan motor pada tengahari semalam. Juga takziah kepada rakan kepada rakan yang hilang pada minggu lepas. Baik jugak jadi benda-benda ni, kita akan jadi lebih berhati-hati lepas ni. Kalau tak sedar jugak taktau la.
Jadi, sini gua kongsi satu tips apa nak buat selepas tau motor kesayangan anda dibawa lari.
- Jangan menggelabah. Call housemate/roomate untuk komfirm yang dia tak naik atau bukan kes prank.
- Call orang insuran yang isu insuran motorsikal anda. Atau check surat insuran (dipanggil polisi insuran dan beberapa nama lain). Pastikan anda melanggan Comprehensive dan bukannya Third Party. Jika Comprehensive, anda masih berpeluang untuk claim insuran. Lepas habuan nak bayar muka motor baru. Kalau Third Party, lupakan hasrat dan teruskan bersedih.
- Part ni paling penting dan tricky. Pergi balai polis dan buat report atas kehilangan motorsikal anda. Kalau di step nombor dua anda dah lulus, kat sini kena pertahankan yang anda tidak cuai semasa parking motorsikal anda, seperti motorsikal dikunci dengan kunci tambahan dan pedal ayam yang hebat. Jika tidak, pihak insuran tidak akan mempertimbangkan permohonan anda dan sia sia anda membayar insuran yang mahal.
Akhir kata, jagalah keselamatan motorsikal anda. Kepada penduduk Pusat Komersial, anda sedang diperhatikan. Teruskan berhati hati. Hiduplah secara berkomuniti dan jangan pentingkan diri sendiri. Polis cuma tiga orang, tak mampu nak kontrol 1,000 orang di situ.
P/S: Entri ini ditulis dengan kata ganti diri ‘gua’ sebagai ekspresi geram kepada pencuri motorsikal di luar sana.
Leave a Reply