
Ladda Land yang terletak di Chiang Mai, Thailand merupakan sebuah kawasan perumahan yang dikenali sebagai Da Lat Flower Garden Island. Disebabkan pelbagai kemudahan disediakan seperti Taman Gajah dan kawasan rekreasi, kawasan ini dilawati oleh pelancong setempat dan luar negara kerana keunikannya.
Segalanya bertukar apabila berlakunya pembunuhan satu keluarga di kawasan tersebut. Selain daripada itu, terdapat pelbagai kematian di Ladda Land dan lama kelamaan memaksa penduduk berpindah keluar daripada kawasan itu. Lalu, Ladda Land menjadi padang jarak padang terkukur apabila ditinggalkan.
Kisah benar kawasan perumahan ini dijadikan sebagai latar cerita untuk filem arahan GMM Thailand, Laddaland (2011).








