
Blog
-

Insentif tunai daripada Denaihati
Sesuai dengan motonya Hidup untuk Memberi, saudara Denaihati baru-baru ini mengumumkan satu pertandingan yang menarik. Beliau menawarkan insentif tunai kepada pemilik blog yang berjaya membawa trafik ke laman blognya, www.denaihati.com.
Cara untuk menyertainya begitu mudah. Anda boleh mempromosikan link Denaihati.com dengan apa jua cara dan berikut adalah maklumat pertandingan.
- Insentif ini untuk 10 blog yang memberi top link referrer mengikut pengiraan Google Analytics.
- Insentif ini akan dibayar setiap bulan bermula 1/7/2011 sehingga 31/12/2011.
- Setiap 1 trafik yang disumbangkan ke blog denaihati akan dibayar RM0.02.
- Syarat untuk layak insentif ini mudah sahaja like Fanpage Facebook atau follow Twitter atau subscribe Aweber atau subscribe RSS.
- Semua blog 1Dunia layak tanpa mengira status Pagerank.
- Untuk Blogger Malaysia pembayaran insentif akan dibuat secara online dan bank pilihan adalah Maybank (bank yang lain masih diterima). Untuk Blogger selain Malaysia bayaran secara TT terus ke akaun bank anda.
- Penganjur berhak menukar syarat pada bila-bila masa jika perlu.
-
Kyopropaganda: Juboq Jack
Budak-budak UiTM Lendu ni tak ada kerja yang menggelarkan mereka sebagai Kyopropaganda dengan kerjasama Lintah Bukit Production — merakam video-video parody seperti KL Hamster yang pecah panggung. Anda boleh ikuti mereka di channel Kyropropaganda di Youtube untuk lebih banyak video menarik.
-

Innity Ambil Kisah Iklannya

Kalau anda sedar, adamroslan.com mengalami beberapa perubahan semalam termasuk pemindahan lokasi iklan. Tujuannya untuk mempercepatkan page loading dan mengasingkan iklan dengan bahan bacaan. Tapi, teknik blending content dan iklan diminimumkan untuk kepuasan pengunjung.
Segalanya bermula apabila Josephine Eng dari Innity Ads menghantar e-mail tentang iklan mereka yang terpotong. Perkara ini sudah laman disedari tetapi saya fikir tiada masalah dengannya. Selepas ditegur, saya mengambil keputusan untuk merombak kedudukan iklan. Saya cuba meminimumkan iklan agar tidak mengganggu pembacaan.
-
8 Tuntutan Bersih 2.0 2011
Gerakan Bersih 2.0 yang dijadualkan diadakan pada 9 Julai nanti membawa 8 tuntutan untuk diketengahkan. Jabatan Penerangan Malaysia menjawab tuntutan mereka di laman Facebook mereka. Mereka menuntut kepada demokrasi dan memberi keseimbangan media agar tidak berat sebelah kepada Barisan Nasional dan UMO sahaja.
Perhimpunan yang di rancang secara aman, akan menjadi ganas apabila pihak polis menangani secara kasar. Campurtangan dengan cara yang tidak menghormati hak kebebasan untuk bersuara ini yang menjadi faktor sesebuah perhimpunan menjadi ganas – Malaysiakini
TUNTUTAN 1 : Bersihkan senarai Pengundi.
Senarai Daftar Pemilih dibersihkan sepanjang masa oleh SPR berdasarkan prosedur yang ditetapkan. Cara pembersihan antaranya seperti berikut:- Pembersihan dengan mengeluarkan nama mereka yang telah meninggal dunia daripada senarai pengundi
- Pembersihan melibatkan alamat mengikut kad pengenalan. Mengikut undang-undang pendaftaran, seseorang yang tinggal di satu-satu tempat selama tiga bulan atau lebih, harus menukar alamat tempat tinggalnya menerusi JPN. Kemudian dimaklumkan kepada SPR sebab SPR hanya mendaftar pengundi mengikut alamat dalam kad pengenalan (MyKad). Isu “pengundi hantu†yang sering ditimbulkan pembangkang ada kaitan dengan kes tempat mengundi berbeza dengan alamat tempat tinggal mengikut MyKad.
TUNTUTAN 2 : Mereformasikan Undi Pos.
Jabatan Penerangan Malaysia Perlu kepada pindaan akta di Parlimen dan bukan melalui demonstrasi.



