≡ Menu

Harga emas RM202.57 segram

Masuk bulan Julai, Saya update sikit berita pasal harga emas. Seperti dijangka, hari ini Berita Harian mengumumkan bahawa komoditi emas akan terus meningkat dan mencecah sehingga RM202.57 segram menjelang 2014. Teruskan bacaan dengan laporan oleh Mahanum Abdul Aziz.

Graf Kenaikan Emas 2011

HARGA emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, meningkat 33 peratus berbanding harga semasa AS$1,527.2 (RM) atau AS$49.1 (RM147.32) segram susulan permintaan kukuh pengguna serta pelabur global.

Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank (Stanchart), Steve Brice, berkata menjelang awal tahun depan, harga emas dijangka meningkat melepasi paras AS$1,600 seaun atau AS$51.4 (RM157.34) segram, 4.3 peratus lebih tinggi berbanding harga semasa.

Brice menjelaskan, terdapat kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas berikutan peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu yang mana akan menggalakkan permintaan logam berharga berkenaan.

Kumpulan perbankan universal yang memiliki lebih 1,700 cawangan di seluruh dunia itu, menjangkakan ekonomi China dan India akan terus mencatatkan pertumbuhan mantap, sekali gus melonjakkan pendapatan boleh guna rakyat di negara berkenaan.

“Permintaan emas dijangka terus meningkat kerana pelabur melihat komoditi itu sebagai pelaburan lindung nilai,” katanya pada taklimat media mengenai jangkaan pelaburan pada separuh kedua tahun ini di Kuala Lumpur semalam.

Selain itu, Brice berkata, kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi Amerika Syarikat (AS) juga menyebabkan bank pusat di seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing, justeru menyokong harga komoditi itu terus didagangkan pada harga tinggi.  Sementara itu, tambah beliau, keadaan kadar faedah benar yang masih negatif di AS menawarkan persekitaran yang baik untuk emas.

“Sejarah membuktikan pulangan dalam pelaburan emas sangat tinggi ketika kadar faedah sebenar adalah negatif,” katanya.

Bekalan emas juga, katanya, dijangka mengalami kekangan dalam tempoh terdekat dan ia akan terus menyokong kenaikan harga komoditi itu.

“Kita jangkakan harga emas akan mencecah AS$2,100 pada 2014 dan AS$1,600 pada suku pertama 2012,” katanya.

Pada suku keempat tahun lalu, permintaan barang kemas di India dan China masing-masing meningkat sebanyak 52.8 peratus dan 31.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.  Secara keseluruhan, permintaan barangan perhiasan emas global meningkat 8.5 peratus pada suku keempat lalu atau 575.2 tan berbanding tahun sebelumnya.

Pada akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.

Other articles you might like;

27 comments… add one
  • titan July 8, 2011, 8:47 am

    perghhh..harga naik lagi ke..

    • Adam Roslan July 8, 2011, 8:53 am

      Naik dalam 200USD satu auns dari Januari – Julai. Sedap jugak tu.

  • Ahmad Fikrizaman July 8, 2011, 8:52 am

    Memang seronok sapa simpan emas ni.. tu la orang cakap kalau pmpuan nak menikah, mintak bayar dengan emas.. harga sentiasa naik..

    • Adam Roslan July 8, 2011, 8:54 am

      Takkan tengok saja orang simpan. Kita pun boleh simpan. Sekarang banyak kemudahan dah. Ada duit lebih sikit, terus tukar jadi emas. 1/2 Dinar serendah RM355 untuk Emas 22k.

  • yui July 8, 2011, 12:18 pm

    mmg hrga emas makin naik..kurang jaranglaa..

    skg hrga emas 906 dalam rm 160 1gm..

    p/s: tiap-tiap hari update hrga emas coz keje bidang ini..huhuhu..

    • Adam Roslan July 8, 2011, 3:15 pm

      Jom tukar 999.9 24k Yui.

      Harini 177.00 per gram. Mau naik ni kayo la Yui.

  • edy ramanov July 8, 2011, 1:09 pm

    wah, makin hari harga barang makin naik. aduhai…

    • Adam Roslan July 8, 2011, 3:20 pm

      Semua nak naik, inflasi bertambah. Jadi beralihlah kepada simpanan Emas.

  • OdahOne July 8, 2011, 2:13 pm

    susahlah pasni nak beli cincin wat hantaran…lari bajet byk tuuu….dah lah hantaran beribu2

    • Adam Roslan July 8, 2011, 3:27 pm

      Sebabtu kita digalakkan tukar duit kepada emas. Katakan sebulan simpan 1 Dinar, cukup tahun dah boleh buat hantaran. Ada berani?

  • Juan July 8, 2011, 2:50 pm

    Kalau asik naik je, belanja kawen pun meningkat jugak ni.. ;) Haha..

    • Adam Roslan July 8, 2011, 3:29 pm

      Langkah pertama Jutawan kena secure aset. Duit ringgit boleh susut nilai, tidak dengan Emas. Hehe. Tak gitu Juan.

  • saqura July 8, 2011, 3:08 pm

    waaaa…banyaknya naik…untung siapa yg berniaga emas..kena kumpul byk2 emas nih..hihiii

    • Adam Roslan July 8, 2011, 3:31 pm

      Salah statement tu. Untung siapa yang simpan Emas. Rujuk entri terdahulu kalau nak tau pasal simpanan Emas ni :)

  • kay July 8, 2011, 4:39 pm

    untung la…sape beli emas!

    • Adam Roslan July 8, 2011, 7:37 pm

      Habistu takkan kita tengok saja. Kalau ada cash sekarang, cepat tukar dengan Emas. Kalau nak tahu lanjut boleh baca posting saya yang lepas-lepas atau terus contact saya. Semua orang boleh memiliki emas untuk secure masa depan.

  • nana July 8, 2011, 6:42 pm

    wow…beli emas bnyak2..simpan2..

  • aans July 8, 2011, 6:58 pm

    kne stat kumpul duit beli emas la pas ni! :D

    • Adam Roslan July 8, 2011, 7:39 pm

      Betul. Masa yang sesuai untuk beli emas ialah hari ini sebab esok harga dah naik. Fikir fikirkan. :)

  • RatuTakCantik July 8, 2011, 11:22 pm

    oo..dha naik gila harga die erk..padan pun org kat pejabat asyik ckap pasla nak beli emas melabur lah ape lah…ratu cume mampu beli zhulian je~ :p

    • Adam Roslan July 9, 2011, 1:17 am

      Semua nak secure wang ringgit daripada inflasi. Ada duit kertas boleh terus tukar dengan ketul besi. Hehe. Dinar pun boleh dapat serendah RM355 hari ni.

  • blogkereta July 9, 2011, 12:23 am

    baru jual minggu lepas RM151 segram, harga pasaran lak RM177. yg nak melabur mas ni bai lah ada kapasiti menyimpan lebih dari setahun baru dapat rasa untung naik harga…. :D

    • Adam Roslan July 9, 2011, 1:18 am

      Nampak gaya macam terdesak sangat. Bro beli Emas keluaran mana? Banyak benar spreadnya.

  • penulis July 9, 2011, 3:03 am

    perghhh..mahal giler.cam ne nk p minang anak bujang org ni!hiks~

  • Diana Tan July 28, 2011, 4:51 pm

    Emas naik harga lagi. Mesti beli dan simpan.

  • amir September 30, 2011, 2:29 pm

    pelaburan utk masa dpn ni..huu

Leave a Comment