≡ Menu

(KISAH BENAR) Laddaland, Thailand

Ladda Land yang terletak di Chiang Mai, Thailand merupakan sebuah kawasan perumahan yang dikenali sebagai Da Lat Flower Garden Island. Disebabkan pelbagai kemudahan disediakan seperti Taman Gajah dan kawasan rekreasi, kawasan ini dilawati oleh pelancong setempat dan luar negara kerana keunikannya.

Segalanya bertukar apabila berlakunya pembunuhan satu keluarga di kawasan tersebut. Selain daripada itu, terdapat pelbagai kematian di Ladda Land dan lama kelamaan memaksa penduduk berpindah keluar daripada kawasan itu. Lalu, Ladda Land menjadi padang jarak padang terkukur apabila ditinggalkan.

Kisah benar kawasan perumahan ini dijadikan sebagai latar cerita untuk filem arahan GMM Thailand, Laddaland (2011).

Laddaland, ThailandLaddaland, Thailand
Laddaland, Thailand

Kisah Seram di Ladda Land

  1. Sepasang kekasih datang menyembah pokok Banyan di Ladda Land untuk mendapatkan restu ibu bapa mereka. Namun, keluarga perempuan tidak menerima si lelaki. Mereka membuat keputusan untuk menggantungkan di di bawah pokok banyan. Pada ulangtahun kematian mereka, dipercayai penduduk Laddaland akan ternampak kepala mereka tergantung di kawasan pokok tersebut.
  2. Ketika menyiapkan Taman Rekreasi, pekerja menemui tulang manusia, tetapi dirahsiakan.
  3. Mangsa kejadian bunuh, rogol dan rompakan dibiarkan di Ladda Land dan ditanam di sekitarnya.
  4. Lebih 100 anak luar nikah yang dikandungkan dibuang di sekitar kolam di Ladda Land.

Walaubagiamanapun, ada pihak menyangkal bahawa penutupan Ladda Land adalah disebabkan kejadian di atas. Dengan jumlah pengunjung yang ramai pada musim sejuk, namun kehadiran pengunjung setiap hari semakin menurun. Pemilik mengalami kerugian dan usaha kerajaan untuk membangunkan kawasan Chiang Mai dengan pusat membeli belah menjadikan Ladda Land semakin dilupakan. Hasilnya, Ladda Land terus rugi dan memaksa kepada penutupan.

Sumber: Arowana Asia Forum

Other articles you might like;

2 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3