
Blog
-

Dua Ayam KFC Percuma Dengan Hotlink Hot Tiket

Dua tiga hari lepas bising-bising pasal plan BIS Hotlink yang mengecewakan, hari ini Maxis buat perangai lagi. Hot Tiket menawarkan dua ketul ayam KFC dengan menebus dua keping Hot Tiket bernilai RM15. Mereka akan memberikan anda 50 minit panggilan, 150 SMS dan tempoh sah 7 hari ke seluruh rangkaian dan mendakwa pengguna akan menerima nilai sehingga RM33 iaitu 120% daripada apa yang ditawarkan.
P/s – Iyalah Hotlink!
-

Tips Habiskan Satu Juzuk Sehari

Menjelang Ramadhan yang akan menjelang lebih kurang tujuh hari lagi, rakan sefakulti saya, Muhammad Iqbal berkongsi satu tips untuk menghabiskan satu juzuk al-Quran dalam masa satu hari. Sedikit formula ringkas bagi perkongsian ini.
Satu juzuk al-Quran secara puratanya mempunyai lebih kurang 10 helai. Sepuluh helai ini dibahagikan kepada lima iaitu waktu solat kita. Jadi, setiap kali selesai solat, kita perlu membaca sekurangnya dua helai.
-

Tip Blogging Terbaik: Jangan Letak CPA di Blog

Dunia penulisan blog hari ini tidak boleh dipisahkan dengan pengiklanan. Semasa zaman penulisan blog masih lagi baru, pengguna Internet masih lagi di Friendster dan MySpace, pengiklanan bukanlah sesuatu yang menjadi isu kenapa mereka menulis blog. Tetapi zaman telah berubah dimana semua penulis blog berlumba-lumba memasukkan iklan untuk buat duit dengan blog seiring dengan saranan Perdana Menteri Malaysia untuk menjadikan Internet sebagai medium menjana pendapatan. Jadi, apakah tip blogging terbaik untuk mereka?
Mungkin terlalu taksub, penulis blog hari ini banyak menggunakan taktik kotor (black hat) untuk mendapatkan klik ke laman web masing-masing bagi membolehkan blog mereka terus menjadi mesin wang. Antara yang dilakukan oleh mereka ialah meletakkan entri berbaur lucah (termasuk seksi), berkongsi fail yang mempunyai hak cipta dan menggunakan tajuk yang ‘misleading’. Saya menghormati penulis Azmie (menulis di www.azmie.net), yang menulis sejak tahun 2003 dan sehingga hari ini blog beliau meletakkan iklan yang amat minimum.
Entri ini bukanlah untuk menghalang penulis blog daripada meletakkan iklan ataupun buat duit dengan blog, tetapi sekadar untuk mengingatkan sama sendiri tentang iklan CPA. Meletakkan iklan berbentuk banner atau iklan kreatif lain seperti popup sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan penulis blog di Malaysia. Namun, kehadiran iklan berformat CPA atau Cost Per Action sedikit merencatkan proses sesebuah blog.
-

Jadual Perbandingan BIS Hotlink, Celcom, Digi, U Mobile dan TuneTalk
Untuk rujukan sementara, saya siapkan satu jadual yang membandingkan lima perkhidmatan prabayar Blackberry Internet Services (BIS) yang ditawarkan oleh Hotlink, Celcom, Digi, U Mobile dan Tune Talk dengan pakej mini yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan.Hotlink contohnya mempunyai tiga plan iaitu BIS Lite, BIS Social dan BIS Advance yang mana masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Saya tidak akan memberi ulasan kepada semua pakej yang ditawarkan, kerana saya lebih tertumpu kepada plan tanpa had Celcom iaitu RM25 sebulan dengan 250MB.


