
Dunia penulisan blog hari ini tidak boleh dipisahkan dengan pengiklanan. Semasa zaman penulisan blog masih lagi baru, pengguna Internet masih lagi di Friendster dan MySpace, pengiklanan bukanlah sesuatu yang menjadi isu kenapa mereka menulis blog. Tetapi zaman telah berubah dimana semua penulis blog berlumba-lumba memasukkan iklan untuk buat duit dengan blog seiring dengan saranan Perdana Menteri Malaysia untuk menjadikan Internet sebagai medium menjana pendapatan. Jadi, apakah tip blogging terbaik untuk mereka?
Mungkin terlalu taksub, penulis blog hari ini banyak menggunakan taktik kotor (black hat) untuk mendapatkan klik ke laman web masing-masing bagi membolehkan blog mereka terus menjadi mesin wang. Antara yang dilakukan oleh mereka ialah meletakkan entri berbaur lucah (termasuk seksi), berkongsi fail yang mempunyai hak cipta dan menggunakan tajuk yang ‘misleading’. Saya menghormati penulis Azmie (menulis di www.azmie.net), yang menulis sejak tahun 2003 dan sehingga hari ini blog beliau meletakkan iklan yang amat minimum.
Entri ini bukanlah untuk menghalang penulis blog daripada meletakkan iklan ataupun buat duit dengan blog, tetapi sekadar untuk mengingatkan sama sendiri tentang iklan CPA. Meletakkan iklan berbentuk banner atau iklan kreatif lain seperti popup sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan penulis blog di Malaysia. Namun, kehadiran iklan berformat CPA atau Cost Per Action sedikit merencatkan proses sesebuah blog.
Tip Blogging Terbaik
SS di atas merupakan salah satu contoh iklan CPA yang dipasang. Iklan ini akan mengeluarkan dialog popup bagi menawarkan hadiah atau diskaun sesuatu produk. Sekiranya anda klik pada Cancel, anda akan dibawa ke laman iklan. Anda perlu mengisi maklumat peribadi seperti nombor telefon atau poskod sebelum anda layak menerima ‘hadiah’. Pemilik blog akan menerima komisen sekiranya pelawat melanggan dengan memasukkan maklumat peribadi yang diminta.
Pada saya, iklan berformat CPA ini tidak sesuai dipasang di blog tempatan kerana ‘gaya hidup’ pelawat tidak sama seperti di barat. Iklan CPA ini biasanya ‘scam’ kerana tawaran yang diberikan ada kalanya tidak wujud dan pengiklan pada dasarnya hanya berminat untuk mendapatkan maklumat peribadi pelawat.
P/s Minta maaf pada pemilik blog Itsmesaiful kerana saya tersangkut untuk keluar daripada blog saudara sehinga memaksa saya restart browser. Mungkin saudara tidak sedar tentang masalah ini dan di sini saya menulis untuk menegur dan ini juga entri untuk pertandingan SEO ‘Tip Blogging Terbaik’. :)

Leave a Reply