Blog

  • Amazon Cloud Drive Tawar Ruang Simpanan 5GB Percuma

    Amazon Cloud Drive Tawar Ruang Simpanan 5GB Percuma

    Amazon Cloud Drive Tawar Ruang Simpanan 5GB Percuma

    Amazon Cloud Drive ialah cakera keras peribadi di Internet. Anda boleh menyimpan fail lagu, video, gambar, dokumen di pelayan yang selamat di Amazon. Dengan antaramuka web, anda boleh memuat naik (upload), memuat turun (download) dan akses fail anda daripada mana-mana komputer di seluruh dunia.

    Selepas mendaftar, anda akan menerima ruang peribadi seluas 5 GB untuk memuat naik fail anda. Jika 5 GB ini tidak muat, anda boleh melanggan pakej 20 GB (USD20/tahun) sehingga 1,000 GB (USD1,000/tahun) mengikut keperluan anda.

    (more…)

  • Adab Berpuasa dan Solat Tarawikh

    Adab Berpuasa dan Solat Tarawikh

    Adab Berpuasa dan Solat Tarawikh
    Bersempena dengan Ramadhan yang bermula pada hari ini, saya berminat untuk berkongsi bahan bacaan berunsur ilmiah agar setiap pengunjung akan beroleh informasi berunsur islamik, secara tidak langsung akan meningkatkan pemahaman tentang ibadah puasa dan mengelakkan bacaan lagha. Entri ini ditulis oleh Nazmi Aidarus,  Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Negeri Terengganu.

    Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

    1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

    2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

    (more…)

  • Like, Tweet dan Plusone di Adam Roslan dan Menangi Hadiah!

    Like, Tweet dan Plusone di Adam Roslan dan Menangi Hadiah!

    Assalamualaikum. Sempena bulan Ramadhan ini, saya memasang niat untuk memberi pelawat dan pembaca Adam Roslan hadiah apabila anda berinteraksi di blog ini. Caranya mudah, anda perlu log in dengan Facebook dan setiap aktiviti anda di sini seperti Like, Tweet, Plus One dan komen akan diberi mata.

    Like, Tweet dan Plusone di Adam Roslan dan Menangi Hadiah!

    (more…)

  • Cek RM15666 & Tiket Wayang Percuma daripada Churp Churp

    Cek RM15666 & Tiket Wayang Percuma daripada Churp Churp

    Cek RM15666 & Tiket Wayang Percuma daripada Nuffnang

    Walaupun saya bukan pengiklan berstatus Glitterati (mungkin tiada kaitan), namun saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih kerana tidak menganaktirikan kami. Pada perlumbaan Churp Churp Musim 2: The Night Race, saya berjaya meletakkan kereta saya dalam kelompok 100 tertinggi walaupun tidak mendapat hadiah Apple iPad 2 yang menjadi rebutan semua pelumba.

    Kami yang berada di kelompok 100 teratas berjaya mendapat sepasang pass wayang di TGV. Terima kasih Churp Churp! Jika anda masih belum mendaftar, klik sini untuk pendaftaran dan mula menjana pendapatan dengan Churp Churp.

    (more…)

  • Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Zon Asia Kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil

    Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Zon Asia Kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil

    Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Zon Asia Kelayakan Piala Dunia 2014 BrazilSelepas selesai perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2014 yang menyaksikan Harimau Malaya terkandas selepas tewas menerusi agregat 6-4 kepada Singapura, hari ini FIFA mengeluarkan keputusan undian peringkat kumpulan Zon Asia bagi kelayakan peringkat ketiga.

    • Kumpulan A – China, Jordan, Iraq, Singapura
    • Kumpulan B – Korea Selatan, Kuwait, UAE, Lebanon
    • Kumpulan C – Jepun, Uzbekistan, Syria, Korea Utara
    • Kumpulan D – Australia, Arab Saudi, Oman, Thailand
    • Kumpulan E – Iran, Qatar, Bahrain, Indonesia

    Wakil Asia Tenggara, Singapura, Thailand dan Indonesia masing-masing diundi dalam kumpulan A, D dan E. Singapura dan Indonesia dilihat berpeluang layak ke peringkat seterusnya memandangkan persaingan tidak sehebat Thailand yang diundi bersama Australia dan Arab Saudi.

    (more…)

  • (Gambar) Ultras Malaya sekitar Malaysia lawan Singapura

    (Gambar) Ultras Malaya sekitar Malaysia lawan Singapura

    Ultras Kedah dengan kekuatan 80 penyokong tegar turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada Harimau Malaya. Sepatutnya entri ini berbentuk log perjalanan dengan gambar, tetapi beberapa masalah menjejaskan harapan saya untuk membuat log bergambar perjalanan dari Stadium Darul Aman ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

    Layankan beberapa keping gambar sebelum perlawanan dan gambar Ultras Malaya dan rakyat Malaysia yang turun memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaya. Tahniah Harimau Malaya!

    Gambar Ultras Malaya sekitar Malaysia lawan Singapura

    Amzar Anaqi di The Star

    (more…)