Untuk rujukan sementara, saya siapkan satu jadual yang membandingkan lima perkhidmatan prabayar Blackberry Internet Services (BIS) yang ditawarkan oleh Hotlink, Celcom, Digi, U Mobile dan Tune Talk dengan pakej mini yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan.
Hotlink contohnya mempunyai tiga plan iaitu BIS Lite, BIS Social dan BIS Advance yang mana masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Saya tidak akan memberi ulasan kepada semua pakej yang ditawarkan, kerana saya lebih tertumpu kepada plan tanpa had Celcom iaitu RM25 sebulan dengan 250MB.
Ramai pengguna BIS Hotlink membantah tindakan Hotlink menamatkan BIS Bonus dan menggantikan dengan plan BIS Lite dan BIS Social yang langsung tidak masuk akal. Dan jika anda salah seorang daripadanya, anda boleh menggunakan jadual perbandingan di atas sebagai rujukan untuk menukar ke penyedia baru selepas 31 Julai nanti.
Other articles you might like;
sudah bertukar ke celcom, tapi BIS celcom slow berbanding maxis, tapi mungkin di tempat saya je kot. :(
Ramai yang cakap Celcom slow. Tapi kena terima jugak. Lama lama biasa lah tu.
haishh frust gak ni. ramai plak kate celcom slow, tapi tak try lagi. huhuhuh. habes je BIS bonus this weekend, baru tuka ke celcom.
BIS plan Maxis saya baru tamat 2 3 hari lepas. then terus tukar ke Celcom tapi seriously BIS Celcom slow tahap gaban walaupun dah dalam area coverage yang dah cukup bagus.
btw, saya baru tahu yang Maxis ada introduce BIS Weekly Bonus. RM7/seminggu tapi tak pasti apa yang dimasukkan dalam pakej tu.
eh, betul ke yg bis bonus rm7 tu ade lagi?
Maybe this a bit out of topic, tapi nak cerita jugak.
Hotlink secara rasminya menarik balik Hotlink Youth Plan, lepas tu tukarkan sim saya kepada rate setiap call (28 ataupun 33)sen/min dan 10sen/min <— baru utk meksis ke meksis ni.
kalau sama2 maxis pn dh 10 sen..kalau ke operator lain? mahal kot!
Nasib baik youth club sy ada lagi. Tapi currently asyik kena deduct prepaid lh. dunno why. maybe tak off data roaming kot.
and plus, ya, agak kurang bijak sebab dah tarik bis bonus. ada sesiapa pengalaman pakai tune talk bis plan yg murah tu tak? laju macam maxis (dulu) ke atau lembab macam celcom? thanks. :)
Katanya HYC pun nak dibatalkan. Teruk betul. Sekarang semua mencari alternatif kepada Hotlink. Kawan saya ada kata Celcom lembap, betul ke lembap? Digi macam tak berapa nak menarik sebab coverage di Utara ni lemah sikit.
diorang da activate balik hotlink BIS bonus rm20 tu..cuba check *100# kat no 11. but for how long? tak tau….
Hotlink sejak dah bubarkan BIS Bonus ni dia offer BIS LITE dan BIS Social .. Lite untuk BBM dan Email sahaja, sementara Social untuk BBM dan Laman social seperti FB, Twitter dan sewaktu dgnnya .. sehari rm1 seminggu rm7 n sebulan rm30 .. untuk 2 Plan ni jgn harap la dapat connect internet dan foursquare yeh .. kalo gune BIs Advance tu harga dia plak la xnak kalah .. sehari rm2.50 seminggu rm28 sebulan amik kau rm98 .. dah mcm pakai berukband!! bila dail *100# tu mmg ade lagi BIS BOnus tu tp korang try la 1000kali pun xkan dptnya .. dalam list tp dah out of stock!!
sebelum nih aku guna celcom BIS mmg haram jadah slow nak mampos.. pastu guna DiGi BIS mmg lagi stable dan laju.. mula2 mmg aku tak pecaya ngan DiGi nih dan dalam mindset aku selalu ingat Celcom nih terbaik.. ternyata jangkaan ku meleset..
nak tawu naper Celcom giler slow? sbb Celcom telah membenarkan 5 syarikat MVNO yg lain mcm tunetalk, xox, umobile guna infra dia tu sebab quality line Celcom suffer.. ianya hanya menguntungkan Celcom sbb dia dpt kaut RM200 juta senang2 jerk bila dia buat cenggitu.. info kat sini: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Celcomsasaruntung10_segmenrangkaianmayamudahalih/Article/index_html
so pilih lah operator yg tak byk MVNO tumpang infra dia dan pasti anda akan puas ati..
Terima kasih atas info. Celcom kena betul betul mantapkan infrastruktur baru orang boleh ubah mindset. Kadang kadang slow sangat.
untuk Maxis *100# > 9 > 5 > 11
maka jumpalah kalian dgn bis bonus berharga RM20 tu
*tetapi skrg dia limit untuk 100MB/bulan
BIS bonus tak termasuk penggunaan whatsapp kan? so kalau kita guna whatsapp dia akan tarik pay per use ke? or termasuk dlm 100mb tu?
btw, celcom sloww laa… huhu