≡ Menu

Tips Habiskan Satu Juzuk Sehari

Tips Habiskan Satu Juzuk Sehari

Menjelang Ramadhan yang akan menjelang lebih kurang tujuh hari lagi, rakan sefakulti saya, Muhammad Iqbal berkongsi satu tips untuk menghabiskan satu juzuk al-Quran dalam masa satu hari. Sedikit formula ringkas bagi perkongsian ini.

Satu juzuk al-Quran secara puratanya mempunyai lebih kurang 10 helai. Sepuluh helai ini dibahagikan kepada lima iaitu waktu solat kita. Jadi, setiap kali selesai solat, kita perlu membaca sekurangnya dua helai.

Jika kita terlepas atau tidak sempat semasa waktu solat tertentu seperti terkejar semasa solat Zohor, kita perlu mengagihkan baki muka surat yang belum dibaca kepada waktu solat yang akan datang (Asar, Maghrib dan Isya’). Jika masih berbaki, pastikan kita habiskan mana-mana bacaan tersebut sebelum tidur. Semoga azam untuk kita habiskan 1 juzuk sehari tercapai. Selamat mencuba!

Fakta untuk agihan bacaan peringkat harian:
1 juzuk = 2 bahagian yang dipanggil hizb
1 hizb = 4 rubu’
1 juzuk = 8 rubu’

Ramadhan… bermulanya suatu perubahan

Other articles you might like;

5 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3