≡ Menu

Amazon Cloud Drive Tawar Ruang Simpanan 5GB Percuma

Amazon Cloud Drive Tawar Ruang Simpanan 5GB Percuma

Amazon Cloud Drive ialah cakera keras peribadi di Internet. Anda boleh menyimpan fail lagu, video, gambar, dokumen di pelayan yang selamat di Amazon. Dengan antaramuka web, anda boleh memuat naik (upload), memuat turun (download) dan akses fail anda daripada mana-mana komputer di seluruh dunia.

Selepas mendaftar, anda akan menerima ruang peribadi seluas 5 GB untuk memuat naik fail anda. Jika 5 GB ini tidak muat, anda boleh melanggan pakej 20 GB (USD20/tahun) sehingga 1,000 GB (USD1,000/tahun) mengikut keperluan anda.

Dengan pelayan paling selamat di Amazon, anda tidak perlu lagi risau akan keselamatan fail anda berbanding membawa peranti memori seperti kad memori atau external hard disk. Apa yang perlu ialah Internet untuk mengakses ke storan Amazon Cloud Drive anda.

Jika anda membeli fail MP3 daripada Amazon.com, anda juga boleh menyimpan fail anda tanpa menjejaskan saiz storan anda. Maklumat lanjut di Amazon.com atau mendaftar di sini.

Other articles you might like;

4 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3