≡ Menu

2 Kekalahan Harimau Muda: Jangan Leka

Berita gembira selepas berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Sea 26 2011 Jakarta-Palembang merupakan berita indah kepada semua peminat dan penonton yang baru nak kenal bola sepak Malaysia. Bagi Ultras Malaya, kejayaan ini telah membuka mata rakyat Malaysia untuk memupuk budaya cintailah bola sepak Malaysia. Pelbagai cerita manis dihamburkan kepada kejayaan mereka sehingga mereka berada di satu tahap yang maha hebat. Kemudian mulalah angan-angan besar untuk melihat skuad Olimpik bimbingan Ong Kim Swee ini untuk mara ke peringkat yang lebih besar lagi.

Selang beberapa hari, Malaysia turun menentang Syria yang dengan harapan Harimau Muda akan sekali lagi mengulangi kejayaan mereka di Sukan Sea untuk meletakkan Malaysia dalam kedudukan terbaik untuk layak ke pusingan seterusnya. Dengan tajuk juara Sukan Sea 2011, mereka bermain bersungguh-sungguh di hadapan ribuan peminat Harimau Muda dan curva Ultras Malaya pula penuh dengan komplot berbaju hitam menteriak sebagai tanda sokongan. Tidak kurang jutaan rakyat Malaysia yang memberikan sokongan di depan kaca televisyen. Asakan demi asakan, KFCM tertewas juga. Satu gol Syria dirasakan penamat perlawanan. Tetapi kelekaan dan kesilapan kecil Muslim Ahmad merubah segalanya. Syria mendapat gol kedua melalui Nassouh Nakkdahli. Malaysia berpuas hati dengan kekalahan kedua selepas ditewaskan Jepun tempoh hari.

Semalam, Harimau Muda sekali lagi tekad untuk bermain bersungguh-sungguh. Penyokong dan penonton tidak putus-putus memberi sokongan dengan memenuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil. Komplot Ultras Malaya di curva tidak putus putus memberi teriakan sokongan. Dianggarkan lebih banyak daripada perlawanan terdahulu; kerana chant mereka lebih kuat kedengaran di corong televisyen.

Gol awal Malaysia pada minit ke-27 sebenarnya dilihat petanda baik untuk kemenangan Harimau Muda. Ditambah lagi dengan gol Mahali Jasuli pada minit ke-60 menceriakan kem Harimau Muda dan penyokong fanatik mereka. Tetapi, kesungguhan mereka dilihat pudar apabila menjelang 10 minit terakhir perlawanan mereka seolah-olah terkesima dengan permainan pantas Bahrain yang menjaringkan 3 gol dalam masa 10 minit terakhir. Paling jelas, mereka leka sehingga membolehkan Bahrain memenangi perlawanan ini.

Kedudukan Kumpulan C: Kelayakan Olimpik London 2012Bagi membetulkan keadaan, sebagai sang juara, Harimau Muda mestilah mencipta kemenangan dalam perlawanan timbal balik menentang Bahrain pada 5 Februari, sebelum menerima kunjungan Jepun pada 22 Feb depan dan menutup aksi kumpulan dengan menentang Syria pada 14 Mac nanti. Saya fikir jurulatih OKS mempunyai masa yang cukup untuk memantapkan serangan atau memanggil pemain baru untuk diserapkan.

P/s: Tak peduli apa orang nak kata, tak peduli walau bukan juara, kami rela mati pertahankannya, kami bangga jadi Anak Malaysia

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment