Alhamdulillah, penat lelah sepanjang bulan Oktober dan November terbalas akhirnya apabila rancangan Remaja TV9 yang mendapat sentuhan Jiwa Production disiarkan di TV9 pada 25 November lepas. TX merujuk kepada istilah penyiaran iaitu disiarkan keudara.
Inilah tugasan paling mencabar selepas penulisan akademik. Kalau semester lepas menjayakan rancangan hiburan selama dua jam secara langsung, hari ini menghasilkan rancangan untuk televisyen! Lepas ini kalau ada rezeki saya akan terus berada di Primeworks Studios untuk latihan praktikal di sana.
Jangan bilang lepas ini tidak sibuk kerana dugaan sentiasa datang! Selamat Maju Jaya kepada semua rakan bloggers!
P/s: Saya terpaksa tinggalkan blog ini untuk beberapa tempoh kerana kesempitan masa untuk menambah entri baru. Kalau ada kesempatan, akan saya kongsi pengalaman bekerjasama dengan orang televisyen!
Other articles you might like;