Kesinambungan daripada entri terdahulu, hari ini saya sendiri ke Unit Kewangan 4 UiTM Shah Alam untuk menebus Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM200. Prosedurnya mudah, anda boleh ke mana-mana Pejabat Bendahari atau Unit Kewangan di UiTM Shah Alam atau Pejabat Bendahari Kampus Cawangan. Bagi pelajar Masscomm, anda boleh ke Unit Kewangan Zon 4 yang terletak di Fakulti Matematik dan Sains Komputer, bersebelahan Fakulti Pergigian.
Apabila tiba giliran anda, anda dikehendaki menunjukkan kad matrik dan kad pengenalan untuk pengesahan. Kemudian, pegawai akan memberikan anda empat keping baucar untuk ditulis nama dan nombor kad pengenalan. Selesai!
Sehingga entri ini ditulis, kedai buku seperti MPH dan Popular menerima baucar ini. Saya akan update senarai kedai buku dan kedai alat tulis yang menerima Baucar Buku 1Malaysia di Shah Alam dan Kuala Lumpur. Anda juga boleh ke kaunter kedai alat tulis/kedai buku untuk pengesahan penerimaan pembayaran dengan baucar ini.
Other articles you might like;
tunggu ahad minggu depan baru kami dapat… :)
Entri terkini ummi: Sesi Sembang Santai Islamik
Hi Adam, hope things are well with you. I was wondering if you could contact me about some pics on your blog. I would like your permission on some usages.