≡ Menu

Umno Beaufort dipimpin Datuk Isnin Aliasnih: Najib

Kepimpinan UMNO bahagian Beaufort akan dipangku timbalannya, Datuk Isnin Aliasnih susulan peletakan jawatan Datuk Seri Lajim Ukin, baru-baru ini.

Demikian pengumuman yang dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Tertinggi UMNO di ibu pejabat parti di Menara Dato Onn di sini, lewat petang tadi.

Bagaimanapun, Najib berkata, jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang sebelum ini dipegang Lajim tidak akan digantikan dengan calon baru atau dipangku sesiapa.

Katanya, beliau akan “turun” ke Sabah pada 11 Ogos ini untuk bertemu dengan pemimpin dan ahli UMNO bahagian Beaufort bagi membincangkan situasi yang berlaku ketika ini sebelum membuat sebarang pengumuman.

“Peletakan jawatan Lajim tidak akan memberi kesan kepada Pilihanraya Umum dan sebaliknya yakin ia akan memantapkan lagi kedudukan UMNO.

“Saya yakin UMNO mampu menangani masalah ini dan akan mengambil langkah sesuai bagi memulihkan kedudukan Barisan Nasional di Sabah,” katanya di sini, hari ini.

Sumber: Umno Beaufort dipimpin Datuk Isnin Aliasnih: Najib

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3