
Zaman 2013 kalau disebut berniaga online bukan lagi sesuatu yang pelik. Ramai yang bergiat aktif menjual barang sebagai pendapat sampingan, tidak kurang juga sebagai punca pendapatan mereka.
Seperti perniagaan konvesional, mereka perlu memiliki sebuah tapak jualan sama ada lot bazar atau lot kedai bagi menempatkan dan ‘showroom’ produk yang dijual.
Bagi perniagaan online, mereka memerlukan sebuah laman web atau laman jualan. Jadi, laman blog merupakan cara paling mudah untuk dijadikan kedai atau showroom. Namun, masih ada beberapa kekurangan yang ada pada laman blog sekiranya dijadikan kedai online.







