≡ Menu

Tunku Ismail: Mutu Pengadilan Liga Super Masih Amatur

20130222-025208.jpg

Tahun lepas kita dikejutkan dengan berita pengadil didakwa atas kesalahan menerima suapan oleh Mahkamah Tinggi Singapura. Nama Shokri Nor telah menjadi busuk dek mengejar kesenangan segera.

Jika pengadil yang dianggap jujur dan amanah terlibat dalam gejala yang dilaknat ini, apatah lagi pemain yang sentiasa dekat dengan perancangan licik bookie bola sepak.

Kemudian, selepas tujuh perlawanan Liga Super 2013 kita telah dihidangkan beberapa keputusan pengadil yang kurang menyenangkan. Dua gol Perak dibatalkan atas dakwaan ofsaid dan Shukor Jusoh bermain ‘tarik tali’ dengan Amirul Izwan Yaacob apabila beliau yang diberikan kad merah dipanggil meneruskan semula perlawanan. Situasi ini menunjukkan ada yang tak kena dengan institusi pengadilan bolasepak Malaysia.

Semalam Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Presiden Johor Darul Takzim membuat kenyataan media bahawa institusi pengadilan di Malaysia masih lagi di peringkat amatur tarafnya. Beberapa keputusan kontroversi daripada pengadil telah merencatkan permainan.

Namun pada satu lagi pihak, adakah pengadil yang kurang professional atau pemain sendiri yang bermain secara emosional. Dalam perlawan ketujuh Liga Super, daripada enam perlawanan yang berlangsung sebanyak empat kad merah dikeluarkan oleh pengadil di venue masing-masing. Siapa patut dipersalahkan, adakah pengadil suka suka melayangkan kad merah sekiranya pemain tersebut tidak buat onar di atas padang. Pemain juga perlu lebih berdisiplin.

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment