≡ Menu

Pos Basikal dengan Pos Laju

20130223-021534.jpg

Selepas lama menabur bakti sebagai kenderaan alternatif di Shah Alam dan kini di Kinrara akhirnya satu keputusan nekad menghantar basikal ini balik ke Kangar.

Dalam fikiran perkhidmatan kurier paling senang ialah Pos Laju sebab dekat. Kemudian timbul nama Nationwide Express dalam fikiran. Malangnya mereka menerima kiriman di ibu pejabat Di Shah Alam sahaja dan tidak di cawangan mereka.

Tiba di Pejabat Pos Laju Puchong, brader di kaunter memaklumkan yang basikal dikira berdasarkan panjang dan tinggi untuk mendapatkan harga pos. Cara ini akan memberi kejutan ketika membuat bayaran kerana boleh mencecah sehingga RM200 dan ke atas.

Cara kedua ialah membuka tayar, handle bar dan frame dan dimasukkan ke dalam kotak. Cara ini akan mengambil berat basikal untuk mendapatkan kadar pos.

Pasrah, aku teruskan dengan memilih cara pertama. Ketika siap semua pasang tayar dan dibawa untuk diukur, datang seorang pegawai yang membenarkan basikal ini ditimbang. Semasa proses timbang datang aura negatif yang membantah basikal ditimbang sebaliknya meminta untuk diukur.

Aura negatif ini tetap mendesak walaupun pegawai tersebut sedang menguruskan resit pembayaran. RM113. Terima kasih. Walaupun aura negatif ada di mana-mana, kita mestilah sentiasa bertindak positif agar semua aura positif ini akan memberikan keputusan yang positif, tidak macam kemarin.

Other articles you might like;

3 comments… add one
  • titan February 24, 2013, 3:49 pm

    pehh..harga basikal ko mesti mahal kann..
    Entri terkini titan: Winner MSMW 2013My Profile

    • Adam Roslan February 24, 2013, 11:48 pm

      Basikal beli masa form 4 hadiah PMR. Hari hari kayuh basikal ke sekolah dan sampai sekarang masih berbakti :)

  • Alan October 25, 2013, 6:33 pm

    Baca blog cyclist lain diorang guna KTM Distribution. RM20 je KL – Arau.

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3