Category: Daily Craps

  • Menuntut Baucar Buku 1Malaysia RM250

    Menuntut Baucar Buku 1Malaysia RM250

    20130222-021925.jpg

    Walau sudah tahu ini adalah gamble dan berisiko; aku, Amzar dan Pokcek bergerak melalui kesesakan Lebuhraya Persekutuan ke UiTM Shah Alam.

    Tujuannya untuk membuktikan mitos bahawa pelajar yang sudah graduasi atau berkonvo adalah tidak layak untuk mendapatkan Baucar Buku 1Malaysia ini. Apa yang menarik tahun ini Dato Seri Najib memberi lebih 50 Ringgit iaitu sebanyak RM 250.00 seorang.

    Tibanya di Pejabat Bendahari Fakulti Sains dan Matematik kami disambut baik dan selang beberapa minit kemudian datang petanda bahawa permainan ini akan gagal. Kami dikatakan tidak layak kerana susah bergraduasi dan dicadangkan ke Pejabat Bendahari Zon 16 bagi membuat percubaan kedua.

    Hujan. Basah. Setibanya kami disambut enam orang; dua perempuan dan empat lelaki. Percubaan hampir berjaya, tapi didatangi aura negatif dari salah seorang daripada mereka. Kami mendapati apabila datangnya aura negatif ini telah membantutkan usaha kami.

    Kecewa. Kami pekena Bakso sebelah Restoran Hakim sebelum balik.

    P/s – Comeback selepas berapa lama tak menulis, harap dapat bawa semangat baru. Selepas kecewa dengan Baucar buku, kami dinasihatkan oleh aura positif untuk mencuba Bantuan Rakyat 1Malaysia.

  • Bagaimana Menuntut Rebat RM200 Telefon Pintar?

    Bagaimana Menuntut Rebat RM200 Telefon Pintar?

    Bagaimana Menuntut Rebat RM200 untuk Telefon Pintar?

    Dalam pembentangan Bajet 2013, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan inisiatif khas bagi menggalakkan penggunaan telefon pintar dengan memberi rebat RM200 kepada belia. Mereka yang berumur berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh layak menerima rebat ini.

    Hari ini Jemaah Menteri bersetuju untuk membenarkan semua model dan harga telefon bimbit dibenarkan untuk dibeli dengan rebat, berbanding sebelum ini untuk telefon pintar bawah RM500.

    (more…)

  • Hackulous kini ditutup!

    Hackulous kini ditutup!

    Hackulous kini ditutup!

    Bagi pengguna produk Apple, mereka pasti sinonim dengan aplikasi Hackulous. Hackulous berupaya memberi akses penuh kepada pengguna iPhone, iPad, atau iPod untuk memuat turun aplikasi berbayar secara percuma sama ada untuk percubaan atau menggunakannya.

    Baru-baru ini, Hackulos melalui laman web mereka www.hackulo.us mengumumkan bahawa operasi mereka diberhentikan. Oleh yang demikian, pengguna sedia ada mengalami gangguan seperti API yang tamat tempoh (Outdated API) dan sebagainya.

    Nampaknya Apple sudah serius dalam membanteras gejala jailbreak dan menghalang perisian berbayar yang di ‘crack’ dalam iOS terbaru mereka. Untuk rekod sehingga hari ini untethered jailbreak juga tidak berjaya dilepaskan oleh crackers.

    Mungkin ini masanya bagi pengguna seluruh dunia memuat turun perisian secara berbayar, tetapi banyak lagi alternatif yang tersedia bagi mereka yang nekad untuk tidak mengeluarkan wang untuk membeli aplikasi di App Store.

  • Empat pekerja maut, empat lagi cedera dirempuh treler

    Empat pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (Propel) maut manakala empat lagi rakan sekerja mereka cedera selepas dirempuh sebuah treler yang membawa muatan coklat di Kilometer 294.1 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gopeng, awal hari ini.

    Ketua Polis Perak, Datuk Mohamad Shukri Dahalan berkata kemalangan berlaku pada 4.30 pagi ketika lapan pekerja Propel itu sedang menjalankan kerja penyelenggaraan di lorong kiri lebuh raya berkenaan.

    Sebelum itu, treler dari arah Johor Bahru ke Ipoh yang hilang kawalan itu merempuh kereta Proton Iswara, MPV Mitsubishi Triton, van dan lori kecil milik pekerja Propel itu yang diletak di lorong kecemasan sebelum melanggar lapan pekerja terbabit, katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. – Bernama

    Via: Empat pekerja maut, empat lagi cedera dirempuh treler

  • Mat Yo tiada dalam senarai The Red Warriors musim 2013: Annuar

    Kemungkinan Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo tidak lagi beraksi bersama gergasi Pantai Timur semakin menjadi kenyataan apabila nama penyerang berbisa negara itu tidak disenarai bersama Kelantan untuk musim 2013.

    Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata persatuan itu sebulat suara bersetuju untuk tidak menyenaraikan Mat Yo buat masa ini dalam senarai 30 pemain yang akan bersama The Red Warriors musim hadapan.

    “Kami ambil kira hasrat Mat Yo dan beliau telah menghantar surat untuk menamatkan kontrak secara unilateral…maknanya dia sendiri yang menamatkan kontrak.

    “Mengenai Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), ia bukan melibatkan kontrak tetapi berkaitan soal pemindahan pemain,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perarakan Tiga Piala di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, di sini, malam tadi. – Bernama

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/21

    Via: Mat Yo tiada dalam senarai The Red Warriors musim 2013: Annuar