Zaman 2013 kalau disebut berniaga online bukan lagi sesuatu yang pelik. Ramai yang bergiat aktif menjual barang sebagai pendapat sampingan, tidak kurang juga sebagai punca pendapatan mereka.
Seperti perniagaan konvesional, mereka perlu memiliki sebuah tapak jualan sama ada lot bazar atau lot kedai bagi menempatkan dan ‘showroom’ produk yang dijual.
Bagi perniagaan online, mereka memerlukan sebuah laman web atau laman jualan. Jadi, laman blog merupakan cara paling mudah untuk dijadikan kedai atau showroom. Namun, masih ada beberapa kekurangan yang ada pada laman blog sekiranya dijadikan kedai online.
Maka, banyak aplikasi dicipta untuk mempermudahkan perniagaan online. Wujud istilah seperti shopping cart dimana pembeli boleh membuat pesanan daripada kedai online, secara automatik diuruskan oleh sistem. Pengguna hanya perlu memilih item yang ingin dibeli, kuantiti item dan sistem akan membuat kiraan berapa junlah yang perlu dibayar termasuk kos pos. Kemudian satu emel akan dihantar tentang cara pembayaran. Selepas membuat bayaran dan disahkan oleh pemilik, item anda akan dipos.
Bagi pemilik kedai, mereka akan dimaklumkan sekiranya ada pembeli yang mendaftar, membuat pesanan atau meninggalkan mesej untuk mereka. Kemudian emel yang dihantar akan dijawab bersama bukti pembayaran oleh pembeli. Semua ini akan dilakukan oleh sistem yang serba canggih ini.
Perisian ini dinamalan Opencart dan ianya percuma! Kedai online anda akan menjadi lebih mudah diurus, praktikal dan lebih mesra pengguna.
Saya akan luangkan masa untuk bercerita lebih lanjut tentang perisan ini bermula daripada proses pemasangan sehingga latar belakang pengurusan sebuah kedai online dalam entri akan datang.
Other articles you might like;
molek ni untuk mereka yang mahu buat bisnes online
boleh mula dari sekarang
sangat bagus utk siapa yg nak berbisnes