Category: Daily Craps

  • Akaun 8Share dipadam 3 bulan tidak aktif

    Akaun 8Share dipadam 3 bulan tidak aktif

    8Share

    Pengguna yang tidak aktif selama tiga bulan akan dipadamkan mulai Jumaat ini. Sebelum ini, terma mereka ialah memadamkan akaun yang tidak aktif selama enam bulan sejak Januari 2013.

    Akaun saya pernah terkena dan wang terkumpul dipadamkan begitu sahaja. Untuk mengelakkan perkara ini terjadi kepada anda, segeralah log masuk untuk aktifkan akaun dan wang terkumpul anda.

    (more…)

  • 11 hujung minggu panjang menanti di 2015

    11 hujung minggu panjang menanti di 2015

    11 hujung minggu panjang menanti di 2015

    Nah, bagi yang merancang untuk bercuti tahun 2015, anda ada pilihan 11 hujung minggu yang panjang. Sebelum ini saya pun dengar-dengar saja tentang cuti umum yang panjang ini, hari ini baru dapat tengok sendiri kalendar cuti umum Malaysia bagi tahun 2015.

    (more…)

  • Membeli barang dari China melalui Ali Express

    Membeli barang dari China melalui Ali Express

    Salam. Dua tiga hari kebelakangan ni saya selalu menjenguk laman web jual beli terbesar di China (atau Asia, atau mungkin seluruh dunia) iaitu Ali Baba. Ali Baba dikenali sebagai platform pembekal produk di China untuk dijual secara borong ke seluruh dunia. Jadi bagi mereka yang tak berkesempatan untuk sertai mana-mana rombongan beli borong ke China, bolehlah tengok-tengok barang di sana.

    Ali Baba juga ada laman web kedua iaitu Ali Express yang mana menjual produk dari China pada skala yang lebih kecil. Berbeza dengan Ali Baba, Ali Express membolehkan anda membeli barang pada kuantiti yang kecil dengan kos penghantaran percuma. Forumers di Cari Gold ada membincangkan perkara ini di thread ini.

    (more…)

  • Semak keputusan peperiksaan UiTM dengan Office 365

    Selamat pagi! Hari ini adalah hari yang dinanti. Keputusan bagi peperiksaan akhir semester akan diumumkan. Bagi mereka yang mengalami kesukaran untuk menyemak melalui e-mel, anda boleh buat semakan melalui portal pelajar UiTM, iStudent mulai 9 pagi.

    Sebagai alternatif, siswa dan siswi boleh menyemak keputusan melalui kiriman e-mel di inbox Office 365 yang diberikan secara percuma!

    Anda mungkin tidak perasan bahawa UiTM telah memberikan inbox sebesar 7GB ini secara percuma. Untuk semak, sila ke http://portal.microsoftonline.com. Gunakan nombor pelajar anda sebagai username. Semoga berjaya!

    (more…)

  • Produk susu segar Happy Farm ditarik balik Giant

    20140805-000031-31544.jpg

    Salam. Dua hari lepas saya dan Abyan ke Banting untuk berurusan di Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat. Dalam perjalanan pulang kami singgah ke Giant Banting.

    Antara barangan yang termasuk dalam senarai membeli belah ialah susu segar berjenama Happy Farm. Esoknya, saya dapati susu tersebut sudah berbau dan menjadi dadih. Lantas kami ke Giant Kinrara – untuk menukar, cadangnya.

    (more…)

  • Info tayar

    Pirelli Angel GT 180

    Hari hari tayar berbakti kepada kita bagi mereka yang menggunakan kenderaan beroda. Tapi cukup kenalkah kita dengan tayar? Perkongsian ini sedikit sebanyak memberi maklumat tentang tayar seperti yang dicatatkan di sebelah sisi setiap tayar. Tak kisahlah tayar kereta mahupun tayar motorsikal.

    Umumnya, kod tayar kenderaan seperti ini akan dicatatkan, 205/65/R1594H. Maksud bagi setiap nombor dan huruf adalah seperi berikut:

    (more…)