Category: Daily Craps

  • Perbandingan harga barangan Giant dan 99 Speedmart

    Salam 1Malaysia. Hari ini bos mengumumkan kerja separuh hari bagi memberi laluan kepada rakan-rakan yang bercadang untuk pulang ke kampung dapat balik lebih awal. Itu mukadimahnya.

    Harga Giant dan 99 Speed Mart

    Kecoh apabila semua harga barang mulai naik sejak kerajaan mengumumkan harga petrol naik 20 sen beberapa bulan lepas. Setiap industri akan mengalami kenaikkan kerana kos logistik yang semakin meningkat dek kenaikan harga minyak.

    Kita sebagai pengguna harus bijak dalam berbelanja, bak kata Pak Menteri. Hari ini saya berkesempatan untuk membuat perbandingan harga di dua buah pasaraya iaitu Giant dan 99 Speedmart. Dalam kes ini, saya membandingkan dua buah kedai yang terletak dalam sebuah kawasan perumahan yang sama. Memandangkan tiada Kedai Runcit 1Malaysia, jadi saya tidak dapat membuat perbandingan harga bagi barang-barang yang dijual di sana.

    (more…)

  • Bina kedai online 2-dalam-1 dengan Tack This

    Tack This

    Tack This memperkenalkan sistem kedai dalam talian paling mudah. Dengan satu tetapan, anda boleh letakkan kedai dalam talian (online store) anda dimana-mana laman sosial. Anda bina kedai online, anda boleh kongsi di Facebook, Blogspot dan banyak lagi. Walaupun anda mempunyai banyak cawangan kedai di laman sosial, tetapi anda hanya perlukan satu laman pentadbiran!

    Kedai sosial Tack This anda akan menjadi viral dimana pembeli juga boleh memasukkan paparan kedai anda di blog mereka, Facebook, Tumblr, Joomla dan 11 laman sosial yang lain.

    (more…)

  • (HARGA) GoPro HERO3+ Black Edition, RM1,499.00

    Peranti rakaman video GoPro pasti tidak asing bagi mereka yang gemarkan aktivti sukan lasak. Kebolehan peranti ini merakam video resolusi tinggi (4K, 2.7K, 1440p sehingga 1080p) pasti mengujakan. Menyokong sistem video NTSC dan PAL, merakam video 120 fps dan 12MP gambar pegun dengan burst rate 30fps.

    (more…)

  • Borang Pengesahan Baki Pinjaman Bagi Penyelesaian Hutang PTPTN

    Borang Pengesahan Baki Pinjaman Bagi Penyelesaian Hutang PTPTN

    Pengesahan PTPTN

    Borang Permohonan Baki Pinjaman ini adalah borang yang perlu dipohon dan diisi samada peminjam ataupun wakil peminjam bagi tujuan pengesahan baki pinjaman keseluruhan yang perlu dilangsaikan mengikut kepada tempoh masa yang tertentu. Dengan menggunapakai borang ini, maka peminjam tidak perlu lagi membuat surat rasmi berkenaan pengesahan jumlah baki pinjaman. Borang yang telah lengkap diisi haruslah dicetak, ditandatangani dan dihantar ke PTPTN bagi tujuan kemaskini.

    (more…)

  • Diskaun 20% PTPTN sehingga 30 September 2013

    Diskaun 20% PTPTN sehingga 30 September 2013

    Diskaun 20% PTPTN sehingga 30 September 2013

    Pemberian diskaun 20% dikira atas baki hutang semasa pada masa penyelesaian hutang pinjaman/ pembiayaan dilakukan.

    Baki hutang semasa boleh diperolehi dengan melayari laman web PTPTN  www.ptptn.gov.my mulai 5 Oktober 2012. Sila masukkan nombor kad pengenalan dan nombor pin peminjam. Sekiranya peminjam terlupa nombor pin, sila hubungi talian 03-20804455. Bagi peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan dan seumpamanya, baki hutang boleh diperolehi dengan hadir ke kaunter PTPTN, e-mel ke bakihutang@ptptn.gov.my atau faks ke talian 03-20921590.