Hari hari tayar berbakti kepada kita bagi mereka yang menggunakan kenderaan beroda. Tapi cukup kenalkah kita dengan tayar? Perkongsian ini sedikit sebanyak memberi maklumat tentang tayar seperti yang dicatatkan di sebelah sisi setiap tayar. Tak kisahlah tayar kereta mahupun tayar motorsikal.
Umumnya, kod tayar kenderaan seperti ini akan dicatatkan, 205/65/R1594H. Maksud bagi setiap nombor dan huruf adalah seperi berikut:
- 205 – Lebar tayar
- 65 – Tinggi tayar
- R – Radial
- 15 – Saiz rim
- 94 – Bebanan maksimum
- H – Kelajuan maksimum 210 km/h
- S – Kelajuan maksimum 180 km/h
- T – Kelajuan maksimum 190 km/h.
- U – Kelajuan maksimum 200 km/h.
- V – Kelajuan maksimum 240 km/h.
- Z – Kelajuan maksimum 240 km/h.
- W – Kelajuan maksimum 270 km/h.
- Y – Kelajuan maksimum 300 km/h.
Selain memahami kod tayar, anda juga akan perasan setiap tayar baharu akan dicop dengan empat angka di sisi tayar. Empat angka ini menunjukkan minggu tayar tersebut dikilangkan. Contohnya 0514 menunjukkan tayar tersebut dikeluarkan pada minggu ke-5 tahun 2014. Pengguna juga dinasihatkan agar membeli tayar yang tempoh pengilangannya kurang daripada 5 tahun kerana dikhuatiri getah tayar sudah mengeras dan menjejaskan prestasi tayar.
Other articles you might like;