Category: Cerita Hari Ini

Hiburan

  • Kickoff Piala Malaysia 2009

    Kickoff Piala Malaysia 2009

    Malam tadi, sepuluh perlawanan sulung Piala Malaysia 2009 telah berlangsung. Setelah berehat hampir sebulan sempena bulan Ramadhan, kini 20 pasukan yang berentap untuk menjulang Piala Malaysia dengan beberapa pasukan pilihan telah menunjukkan taring mereka. Pasukan Selangor, Perlis, Johor FC dan Kelantan bermula langkah kanan apabila menang ke atas lawan masing-masing semalam.

    Juara Liga Super musim ini, Selangor yang berada di Kumpulan D, berjaya meraih tiga mata di tempat lawan selepas mengalahkan Sabah di Stadium Tawau hasil jaringan Safee Sali pada minit ke-24.

    Turut mencatat kemenangan ialah Perlis yang membenam Melaka 2-0 untuk mengungguli Kumpula A, gol skuad singa utara disumbang Ahmad Fakri Saarani dan Mohd. Syazwan Zainon.

    Johor FC yang berada dalam Kumpulan C berjaya mengalahkan Kuala Lumpur di tempat lawan hasil jaringan tunggal Farid Ideris pada minit ke-48.

    (more…)

  • Yasmin Ahmad meninggal dunia

    Al-Fatihah untuk keluarga Allahyarham Yasmin Ahmad. Pemergiannya jelas akan meninggalkan perubahan kepada dunia seni tanah air. Semoga selepas ini akan ada pengganti yang mewarisi bakatnya dalam menghasilkan filem tanah air.

    KUALA LUMPUR 25 Julai — Pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad meninggal dunia kira-kira 11.25 malam ini.

    Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara ketika dihubungi Bernama.

    Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.

    Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak. — Bernama

  • Gambar: Asia Saksi Gerhana Matahari 2009

    Gambar: Asia Saksi Gerhana Matahari 2009

    Gerhana matahari paling lama pada abad ke-21 menjerumuskan berjuta-juta penduduk di serata Asia ke dalam kegelapan sementara hari ini, mencetuskan suasana keagamaan, ketakutan dan keseronokan di seluruh India dan China.

    Peluang yang datang sekali seumur hidup itu dipercayai menjadi gerhana yang disaksikan paling banyak orang dalam sejarah disebabkan laluannya yang meliputi kawasan paling padat dengan penduduk di muka bumi.

    Gerhana matahari penuh selalunya berlaku setiap 18 bulan tetapi gerhana hari ini istimewa kerana tempoh kegelapan ‘menyeluruh’ yang maksimum selama enam minit dan 39 saat apabila matahari dilindungi seluruhnya oleh bulan.

    Tempoh gerhana penuh selama itu hanya akan berulang pada 2132.

    Japan Eclipse

    (more…)

  • H1N1: Selepas Lendu, Permatang Pauh dan Seri Iskandar diarah Tutup

    H1N1: Selepas Lendu, Permatang Pauh dan Seri Iskandar diarah Tutup

    uitm-tutup

    Kini, selepas penutupan UiTM Lendu, UiTM Permatang Pauh dan UiTM Seri Iskandar diarah tutup selama 7 hari oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Terkini, UiTM Dungun pula ditutup berikutan penularan virus ini di kampus tersebut.

    H1N1: UiTM Permatang Pauh ditutup seminggu

    GEORGETOWN: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh ditutup 7 hari mulai hari ini selepas 10 pelajarnya disahkan postif H1N1.

    Pengerusi Jewatankuasa Kesihatan negeri, Phee Boon Poh, berkata 200 daripada pelajar di kampus itu juga mempunyai simptom H1N1, iaitu selesema.

    UiTM Seri Iskandar juga diarah tutup seminggu

    Kementerian Kesihatan mengarahkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Seri Iskandar dekat sini ditutup selama seminggu mulai hari ini berikutan pertambahan mendadak penuntut yang dijangkiti penyakit serupa influenza (ILI) kepada 280, berbanding hanya 55 orang semalam.

    Exco Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, langkah segera diambil bagi mengelak penyakit itu daripada merebak ke penempatan awam berhampiran kampus berkenaan.

    Beliau berkata pihak Kementerian Kesihatan juga akan membuat ujian bagi mengenal pasti punca tiga cawangan UiTM yang terpaksa ditutup disebabkan serangan kluster ILI berkenaan.

    Selain UiTM Seri Iskandar, UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang juga diarahkan tutup hari ini manakala UiTM Lendu, Alor Gajah diarahkan ditutup selama sembilan hari bermula 8 Julai lepas.

    Dr. Mah turut mengingatkan semua penuntut dan orang awam yang mengalami simptom jangkitan supaya mengawasi kesihatan masing-masing serta menambah kekerapan membasuh tangan, menggunakan penutup mulut dan tinggal di kawasan rumah ketika dikuarantin.

    Pagi ini, sekumpulan pegawai perubatan dan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) yang diketuai Timbalan Pengarah JKN Perak, bergegas ke UiTM Seri Iskandar selepas dimaklumkan 55 pelajar dikuarantin sejak lewat petang semalam.

    Orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin mendapatkan maklumat mengenai jangkitan ini diminta menghubungi Billik Gerakan JKN yang dibuka 24 jam setiap hari dengan menelefon 05-243 3962.

    UiTM Dungun ditutup 10 hari akibat H1N1

    KUALA TERENGGANU 23 Julai – Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun ditutup selama 10 hari berkuatkuasa hari ini berikutan kebimbangan penularan wabak Influenza A (H1N1) di kampus terbabit.

    Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar UiTM Dungun, Prof. Madya Abdul Rahim Ramli berkata, penutupan kampus tersebut adalah disebabkan peningkatan kes-kes influenza di kalangan pelajar UiTM sejak akhir-akhir ini serta bagi mengawal penularan virus berkenaan di kalangan para pelajar. – Bernama

  • Seribu di Sinar

    Seribu di Sinar

    Seribu Sinar

    Oh! Sinar.fm kini membawakan Seribu di Sinar kepada peminat muzik retro di Malaysia. Apa itu Seribu di Sinar? Sinar.fm kini mencari kedudukan 1000 lagu-lagu retro pilihan ramai yang diputarkan melalui siaran radio ini. Pada minggu terakhir Julai, mereka akan memainkan senarai lagu-lagu pilihan anda bermula daripada kedudukan 1000 hinggalah di kedudukan nombor 1!

    Sehingga petang tadi, mereka sudah memainkan sehingga lagu ke 818, Adikku Pandai Menari oleh Aman Shah! Jadi, undilah lagu kegemaran anda untuk mencari lagu yang paling popular di alam ini! Untuk mengundi, klik Jom Undi!

    Untuk maklumat lanjut berkaitan segmen Seribu di Sinar ini, anda boleh terus menyelusuri laman web rasmi Sinar.fm di http://www.sinar.fm/khas/seribu_sinar/

  • Berita Hari Ini

    Berita Hari Ini

    30691_newsKekalaha kedua kepada kelab gergasi Eropah Manchester United, 2-0 semalam sekali lagi membuktikan mereka bukan tandingan. Pengurus, Sir Alex Ferguson memberi cadangan agar Malaysia mengikut cara yang dipraktikkan oleh Jepun dan Korea Selatan yang kini telah melahirkan ramai bintang bola sepak yang menyinar di Eropah. Antara berita menarik pada hari ini, disunting daripada akbar dalam talian, Kosmo!

    Cadangan potong adegan rempit, pondan dalam filem, drama

    Syarikat produksi filem dan drama perlu menanggung sendiri kerugian jika Lembaga Penapisan Filem (LPF) memotong adegan aksi pelesit rempit dan pondan daripada ditayangkan. “Ia (pelesit rempit dan pondan) tidak seharusnya jadi bahan yang diuar-uarkan kerana filem seharusnya ada nilai yang beri manfaat kepada masyarakat,”

    Pasang 200 kamera sistem AES

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memasang 200 unit Kamera Pengesan Saman Secara Automatik (AES) mulai 1 September ini. Setakat ini sebanyak 200 kawasan berisiko tinggi kemalangan telah dikenal pasti oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) untuk pemasangan kamera tersebut yang mempunyai fungsi membuat rakaman kesalahan trafik dengan lebih berkesan.

    Manohara, ibu disaman RM105j

    Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Ismail Petra mengemukakan saman dan menuntut ganti rugi sebanyak RM105 juta daripada isteri Manohara Odelia Pinot dan ibu mentua Daisy Fajarina kerana didakwa memfitnah dan merosakkan reputasi beliau dan keluarganya. Mereka berkahwin pada 26 Ogos 2008 dan tinggal bersama di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan. Namun selepas sembilan bulan berkahwin, Manohara, 17, yang digelar Cik Puan Temenggong didakwa pulang ke Indonesia tanpa kebenaran suami.

    Tiada lagi Kancil baru

    Selepas 15 tahun menjadi antara kereta popular di atas jalan raya di negara ini, model kereta Kancil kini telah dihentikan pengeluarannya berkuat kuasa semalam. Sebagai pengganti model Kancil yang dilancarkan pada tahun 1994 itu, Perodua memperkenalkan model baru iaitu Perodua ViVa 660BX yang ditawarkan pada harga atas jalan RM25,300 setiap satu dan didatangkan dalam tiga warna, iaitu Ivory White, Ebony Black dan Glittering Silver.