Category: Cerita Hari Ini

Hiburan

  • Pemergian Jacko, Berhutang atau Semakin Kaya?

    Pemergian Jacko, Berhutang atau Semakin Kaya?

    JackoKisah pemergian Michael Jackson atau nama Islamnya – Mikaeel telah menggemparkan seluruh penduduk dunia. Beliau disahkan meninggal dunia sejurus selepas sampai ke sebuah hospital di Los Angeles pada pukul 2.26 petang waktu luar negara pada 25 Jun. Peminatnya di mana-mana ceruk dunia amat meratapi pemergiannya sebagai seorang idola yang terkenal dengan gelaran ‘Raja Pop’. Lagu-lagu cipataannya menjadi siulan di bibir peminatnya.

    Kisah kematiannya menjadi lebih panas apabila beberapa kisah menarik terpacul di dada akhbar sejak beberapa hari lepas seperti doktor peribadinya ditahan akibat dipercayai memberi dos yang berlebihan, cara pengkebumian Mikael dan kisah lelongan barangan peribadinya.

    Petikan daripada Mingguan Malaysia pada 28 Jun 2009 berkata,

    LOS ANGELES 27 Jun – Michael Jackson dilaporkan mempunyai hutang berjumlah AS$400 juta (RM1.4 bilion), namun kematiannya mungkin menjana pendapatan yang lebih besar kepada penyanyi itu berbanding semasa beliau masih hidup.

    Peguam studio rakaman Hit Factory, yang merakamkan album ‘Thriller’ penyanyi itu, Jerry Reisman berkata, kematian Jackson meninggalkan persoalan tentang empayar kewangannya yang merangkumi muzik, pegangan saham 50 peratus dalam koleksi lagu-lagu kumpulan Beatles serta kutipan hasil lelongan barangan milik peribadinya.

    Katanya, rumah agam Jackson di ladang ternak Neverland dianggarkan bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.5 bilion), sementara pegangan saham 50 peratus dalam syarikat Penerbitan Muzik Sony/ATV bernilai kira-kira AS$2 bilion (RM7 bilion). – AP

    Sudah pasti ramai akan mengambil kesempatan ini untuk menjual barangan-barangan memorial Michael Jackson untuk para peminatnya. Beberapa laman blog tempatan turut menyarankan agar mengambil peluang ini untuk meraih pendapatan dengan mendagangkan barangan kenangan Michael Jackson seperti koleksi CD/DVD dan gambar Michael Jackson atau The Jackson 5.

    Jackson meninggal pada usia 50 tahun, meninggalkan 3 orang anak, Michael Joseph Jackson, Jr., Paris Michael Katherine Jackson dan Prince “Blanket” Michael Jackson II.

    Sumber: KISH-Online

  • AFMasuk, siapa yang untung?

    AFMasuk, siapa yang untung?

    Sabtu lepas, Adam berkesempatan menyaksikan Konsert Minggu ke-9 Akademi Fantasia Musim ke-7 bersama Amzar dan Adlina. Sebenarnya bukan berniat untuk itu tetapi terpaksa kerana kami di kedai makan. Sebenarnya sudah lama Adam mahu bahaskan isu yang seperti ini tetapi tiada kesempatan.

    Apa yang mahu sangat-sangat ditentang ialah tentang sistem AFMasuk yang diperkenalkan semula oleh Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina. Sebenarnya bukan Adam seorang yang tidak bersetuju malahan ramai lagi yang membangkangnya selepas Adam selesai membaca sisipan Rap Harian Metro hari ini.

    (more…)

  • Kontroversi Lagu Ahmad Dhani Madu Tiga

    Kontroversi Lagu Ahmad Dhani Madu Tiga

    Beberapa hari lepas, kecoh dengan isu lagu Seniman Allayarham Tan Sri P. Ramlee telah dinyanyikan semula oleh penyanyi Indonesia, Ahmad Dhani — bekas vokalis Dewa 19. Pelbagai komen negatif dikeluarkan oleh peminat muzik tempatan. Apakah kewajaran nyanyian semula oleh Ahmad Dhani dipertikaikan?

    Pada pendapat saya, isu ini sebenarnya tidak perlu diperbesarkan kerana nyanyian semula atau cover version adalah suatu yang boleh dianggap sebagai tanda penghargaan kepada penyanyi asalnya. Jika Jamal Abdillah menyanyikan lagu Mencintaimu yang asalnya oleh Kris Dayanti dari Indonesia sendiri sebagai suatu yang normal, rakyat Malaysia sendiri harus menerimanya dengan positif. Banyak lagi lagu-lagu lama dari Indonesia telah dinyanyikan dan dipopularkan semula oleh artis Malaysia, jadi biarkanlah mereka mengembangkan lagi lagu-lagu Melayu untuk disegarkan dengan gaya yang moden. Jika anda kata bahawa itu salah, mengapa artis Malaysia juga meminjam lagu Indonesia untuk dinyanyikan semula?
    (more…)

  • Kisah Cinta

    Haha. Kisah Cinta oleh Taylor Swift, Love Story sebenarnya. Dilakonkan oleh Amzar dan Alif Cha. Perancangan awal untuk menyediakan sebuah video klip cover version untuk Taylor Swift. Tetapi beberapa masalah dengan peranti input, kami terpaksa menggunakan suara asal Taylor Swift. Yang uniknya, cara persembahan mereka.

    Semoga terhibur!! ;)

  • Tomok Juara OIAM 3, kini Jutawan

    Rata-rata laman blog di seluruh Malaysia menghebahkan tentang penabalan Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 25, sebagai juara One In A Million musim ke-3 apabila undian yang diberikan oleh rakyat Malaysia lebih berpihak kepadanya. Kemenangan Tomok yang membawa lagu Hanya Kau Yang Mampu nyanyian Aizat (AF5) dan sebuah lagu baru, Rindu Terhenti ciptaan Aubrey dan Tinta S. sekali gus membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM1 juta.

    (more…)