Kini, selepas penutupan UiTM Lendu, UiTM Permatang Pauh dan UiTM Seri Iskandar diarah tutup selama 7 hari oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Terkini, UiTM Dungun pula ditutup berikutan penularan virus ini di kampus tersebut.
H1N1: UiTM Permatang Pauh ditutup seminggu
GEORGETOWN: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh ditutup 7 hari mulai hari ini selepas 10 pelajarnya disahkan postif H1N1.
Pengerusi Jewatankuasa Kesihatan negeri, Phee Boon Poh, berkata 200 daripada pelajar di kampus itu juga mempunyai simptom H1N1, iaitu selesema.
UiTM Seri Iskandar juga diarah tutup seminggu
Kementerian Kesihatan mengarahkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Seri Iskandar dekat sini ditutup selama seminggu mulai hari ini berikutan pertambahan mendadak penuntut yang dijangkiti penyakit serupa influenza (ILI) kepada 280, berbanding hanya 55 orang semalam.
Exco Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, langkah segera diambil bagi mengelak penyakit itu daripada merebak ke penempatan awam berhampiran kampus berkenaan.
Beliau berkata pihak Kementerian Kesihatan juga akan membuat ujian bagi mengenal pasti punca tiga cawangan UiTM yang terpaksa ditutup disebabkan serangan kluster ILI berkenaan.
Selain UiTM Seri Iskandar, UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang juga diarahkan tutup hari ini manakala UiTM Lendu, Alor Gajah diarahkan ditutup selama sembilan hari bermula 8 Julai lepas.
Dr. Mah turut mengingatkan semua penuntut dan orang awam yang mengalami simptom jangkitan supaya mengawasi kesihatan masing-masing serta menambah kekerapan membasuh tangan, menggunakan penutup mulut dan tinggal di kawasan rumah ketika dikuarantin.
Pagi ini, sekumpulan pegawai perubatan dan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) yang diketuai Timbalan Pengarah JKN Perak, bergegas ke UiTM Seri Iskandar selepas dimaklumkan 55 pelajar dikuarantin sejak lewat petang semalam.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin mendapatkan maklumat mengenai jangkitan ini diminta menghubungi Billik Gerakan JKN yang dibuka 24 jam setiap hari dengan menelefon 05-243 3962.
UiTM Dungun ditutup 10 hari akibat H1N1
KUALA TERENGGANU 23 Julai – Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun ditutup selama 10 hari berkuatkuasa hari ini berikutan kebimbangan penularan wabak Influenza A (H1N1) di kampus terbabit.
Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar UiTM Dungun, Prof. Madya Abdul Rahim Ramli berkata, penutupan kampus tersebut adalah disebabkan peningkatan kes-kes influenza di kalangan pelajar UiTM sejak akhir-akhir ini serta bagi mengawal penularan virus berkenaan di kalangan para pelajar. – Bernama
Other articles you might like;
bagus nye smua nak tutup. hahaha. seronok arh. :D:D
.-= lina´s last blog ..Cukup! =-.
Kalau kerja nak tutup aja, nak belajar apa sem ni lina? Hah.
dekat je UiTM Seri Iskandar tu..
.-= beliamuda´s last blog ..Hari Ini Dalam Gerhana =-.
Pandai-pandai la bawak diri. Takut orang sekeliling lak kena nanti ;)
Assalamualaikum,
Transfer Factor telah digunakan untuk pemulihan H1N1 dan ianya amat mujarab . Transfer Factor adalah permakanan yang dapat menguatkan sistem imunasasi seseorang jika diambil.
Maklumat lanjut dan testimony boleh didapati di :
1. http://www.holisticsuccess4life.com
2. http://www.tftestimony.com
Wasallam
JASMIN BIN ISHAK
019-6527240