Yasmin Ahmad meninggal dunia

Al-Fatihah untuk keluarga Allahyarham Yasmin Ahmad. Pemergiannya jelas akan meninggalkan perubahan kepada dunia seni tanah air. Semoga selepas ini akan ada pengganti yang mewarisi bakatnya dalam menghasilkan filem tanah air.

KUALA LUMPUR 25 Julai — Pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad meninggal dunia kira-kira 11.25 malam ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara ketika dihubungi Bernama.

Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.

Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak. — Bernama

Comments

One response to “Yasmin Ahmad meninggal dunia”

  1. […] Jika ditanya pasal assignment, memang memenatkan. Briefing untuk semester ini; satu filem pendek untuk Audio & Visual, satu business plan untuk Entrepreneurship, satu ‘event’ untuk untuk Event Management, satu kajian tesis untuk Communication Research, satu produk untuk Marketing dan satu projek multimedia untuk Multimedia Design and Production. Untuk itu, banyak la benda yang nak disiapkan untuk proses pre dan post production. Deal dengan beberapa agensi untuk sewaan kamera seperti Finas dan syarikat swasta. Masing-masing kalut dengan projek Audio & Visual ni. Ada yang filem pendek, ada yang dapat dokumentari dan paling menarik, muzik video. Dari sini, kita dah boleh nampak idea daripada pengarah muda janaan Universiti Teknologi Mara melalui Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Insya Allah, suatu hari nanti akan lahirlah seorang pengarah yang befikiran kreatif dan kritis yang dicari-cari untuk menghasilkan sebuah karya Melayu yang tersohor, menggantikan Allahyarham Yasmin Ahmad. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *