Category: Cerita Hari Ini

Hiburan

  • JPA tawar biasiswa untuk lepasan SPM 2009

    JPA tawar biasiswa untuk lepasan SPM 2009

    KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan biasiswa kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 bagi mengikuti program Biasiswa Nasional, Program Ijazah Luar Negara 2010 (PILN) dan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) di peringkat ijazah pertama.

    Dalam kenyataan semalam, JPA menyatakan, biasiswa itu lebih tertumpu untuk bidang kritikal seperti perubatan, pergigian, farmasi, sains perubatan veterinar, kejuruteraan, sains dan teknologi serta bidang sains sosial yang diperlukan perkhidmatan awam dan negara.

    Untuk keterangan lanjut, pemohon boleh merujuk iklan tawaran menerusi portal www.jpa.gov.my dan akhbar tempatan mulai 10 Mac depan. Mereka juga boleh menghubungi 03-88853412 atau datang ke kaunter Bahagian Pembangunan Modal insan JPA di Lobi Blok C1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya mulai jam 8 pagi hingga 4 petang.

  • Keputusan Piala Sumbangsih 2010 – Negeri Sembilan lwn Selangor

    SEREMBAN: Selangor membuka tirai bola sepak Liga Super musim ini dengan bergaya apabila menjulang Piala Sultan Ahmad Shah selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini, malam ini.

    Bagaimanapun, Negeri Sembilan terlebih dahulu membuka jaringan dan menggamatkan kira-kira 25,000 penonton selepas Idris Karim menanduk masuk bola hasil sepakan percuma ketua pasukan, Rezal Zambery Yahya untuk menewaskan penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad pada minit ke-27.

    Perlawanan sumbangsih itu turut disaksikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Tunku Besar Tampin, Syed Razman Syed Idrus Al Qadri, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

    Selepas rehat, pasukan “The Red Giant” bimbingan K Devan bangkit memberi asakan bertalu-talu dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-76 menerusi Safee Sali dan berselang tujuh minit kemudian, D Surendran berjaya menyumbat gol kemenangan buat Selangor. – Bharian

    Keputusan Liga Super
    Keputusan Liga Super
    Kuala Lumpur 1 – T-Team 1
    KL Plus 3 – Pulau Pinang 1
    Pahang 2 – Perak 1
    Terengganu 0 – Kelantan 0
    Johor 0 – Kedah 3
    Perlis 0 – Johor FC 1

  • Sepak Mula TM Liga Super 2010

    Malam ini, tepat jam 8.45 petang 14 buah pasukan dalam tujuh perlawanan Liga Super akan memulakan kempen untuk TM Liga Super 2010. Perlawanan Piala Sumbangsih antara Negeri Sembilan dan Selangor akan menjadi tumpuan kerana Negeri Sembilan adalah juara Piala Malaysia 2009. Rakan blogger, Ridzuan Richie awal-awal lagi telah memberi laungan awal akan kemenangan Negeri Sembilan berdasarkan prestasi mereka yang lepas.

    Tidak lupa kepada pasukan Singa Utara yang juga naib juara Liga Super 2010, kali ini mereka pasti bangkit dengan penyenaraian semula kesebelasan utama. Yang pasti, ramai nama baru akan disenaraikan untuk perlawanan pertama pada malam ini. Jurulatih baru Singa Utara, Mohd Nidzam Adzhar Yusoff berkata kepada Berita Harian, “Kehadiran dan pengalaman ketua pasukan, Mohd Fauzie Nan menjadi pertaruhan buatnya untuk membimbing pemain muda yang rata-rata berusia 18 dan 24 tahun.

    “Tidak dinafikan skuad Perlis kali ini tidak sehebat seperti beberapa pasukan pilihan termasuk Johor FC yang turut mendapat sentuhan ramai pemain berpengalaman.”

    Perlis musim ini hanya diperkuatkan tiga tonggak veteran iaitu ketua pasukan, Mohd Fauzie Nan; Shariman Che Omar dan Zurendey Jumai. Bakinya adalah pemain muda termasuk empat anggota skuad bawah 23 tahun negara yang memenangi pingat emas Sukan Sea, Mohd Farizal Marlias (penjaga gawang), Mazlizam Mohamad (pertahanan), Amar Rohidan (tengah) dan Ahmad Fakri Saraani (penyerang).

    Jadual Perlawanan Minggu 1 TM Liga Super 2010

    Home Away Venue
    Negeri Sembilan vs Selangor Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, NS
    Kuala Lumpur vs Terengganu PBDKT T-Team Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras
    Kuala Lumpur, PLUS FC vs Pulau Pinang Stadium MBPJ, Kelana Jaya
    Pahang vs Perak Stadium Darul Makmur, Kuantan
    Terengganu vs Kelantan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
    Johor vs Kedah Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, JB
    Perlis vs Johor FC Stadium Utama Negeri, Kangar
  • Perlis halalkan hutang Allahyarham Mohd Zamberi

    KANGAR: Lembaga Biasiswa Negeri Perlis, hari ini menghalalkan hutang Allahyarham Mohd Zamberi Saad, berikutan kesulitan ibu dan balunya untuk menjelaskan baki pinjaman pelajaran berjumlah RM15,000 yang tertunggak sejak 2001. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, mengumumkan keputusan itu kepada ibunya, Wan Tom Wan Hamid, 75, dan balunya, Sham Hassan, 39, ketika menziarahi mereka di Banggol Sena, Chuping dekat sini, hari ini.

    Ketika pertemuan itu, beliau turut menyerahkan sijil hapus kira hutang itu kepada Wan Tom dengan disaksikan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Musa Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Perlis, Mansor Jusoh.

    Md Isa turut menyampaikan sumbangan beras kepada Wan Tom dan wang tunai kepada empat anak Allahyarham Mohd Zamberi yang pernah bertugas di Universiti Utara Malaysia (UUM) sebelum kematiannya di Hospital Kuala Lumpur akibat kanser pada 6 Jun 2001.

    Ketika ditemui, Sham berkata, Allahyarham suaminya membuat pinjaman RM20,000 daripada Lembaga Biasiswa Negeri Perlis untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dalam bidang Teknologi Maklumat pada awal tahun 90-an dan selepas itu menjadi tutor di UUM.

    Selepas dua tahun, Mohd Zamberi melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang yang sama di Universiti Nottingham di England dan kembali semula ke UUM sebagai seorang pensyarah selama empat tahun sebelum menyambung pengajian peringkat doktor falsafah di Universiti Leeds, England.

    Selepas lapan bulan di Universiti Leeds, beliau dikesan menghidap kanser lalu kembali ke tanah air untuk mendapat rawatan dan meninggal dunia di Kuala Lumpur pada usia 32 tahun.

    Sham berkata, bahawa ketika hayatnya, Mohd Zamberi sudah membayar hutang pelajarannya dengan sempurna namun selepas kematian suaminya itu, beliau tidak berupaya untuk menjelaskan hutang berkenaan disebabkan kesempitan hidup.

    Sham dan Wan Tom bersyukur kerana kerajaan negeri menghalalkan baki hutang Allahyarham Mohd Zamberi untuk meringankan beban kehidupan mereka.

    “Selama ini kami sentiasa berfikir bagaimana untuk menjelaskan baki hutang itu. Saya dah tua,” kata Wan Tom. – Bernama

    ***

    Alhamdulillah. Terima kasih diucapkan kepada kerajaan Negeri Perlis di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Isa bin Sabu. Allahyarham ialah pakcik Adam, adik kepada Abah. Beliau banyak memberi inspirasi kepada Adam untuk terus mendalami ilmu komputer. Banyak ilmu yang dicurahkan kepada Adam selain menanam minat kepada bidang ini. Pernah mengimpikan untuk menjadi seorang jurutera komputer, tapi akhirnya Adam tukar ke satu bidang yang agak menjauhi daripada bidang jurutera komputer iaitu Komunikasi Massa.

  • Video Gol Malaysia di Sukan Sea 2009

    Video Gol Malaysia di Sukan Sea 2009

    Berpunca daripada hantaran lintang Mohd Azmi Muslim, Safiq Rahim menyaksikan umpanannya terlepas daripada Zaquan Adha Abdul Radzak dan untungnya buat skuad negara, terkena kaki pertahanan Vietnam, Mai Xuan Hop sebelum masuk ke gawang Vietnam. Kejayaan itu, hadir selaku pingat emas ke-40 kontinjen Malaysia, adalah kali pertama membawa pulang pengiktirafan daripada gelanggang asing selepas kali terakhir dilakukan generasi pemain dikepalai Mokhtar Dahari di Jakarta pada 1989, 20 tahun lepas.

  • WTF 1 dibida pada harga RM86,680.00!

    WTF 1 dibida pada harga RM86,680.00!

    Posting ini adalah kesinambungan daripada posting Sistem Nombor Pendaftaran Kenderaan di Malaysia yang lepas. Tahukah anda, nombor siri pendaftaran untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, WTF 1 telah dibida pada harga RM86,680.00!

    Berdasarkan gambar yang diperoleh, seorang lelaki Melayu Abdul Malik Mohd Hussin telah membida nombor plat WTF 1 ini dengan harga tersebut untuk digunakan pada sebuah Nissan Skyline GTR-nya.

    WTF 1

    Nissan Skyline GTR dengan WTF 1 [via Twitpic]

    WTF 1

    Senarai yang dikeluarkan JPJ WP Kuala Lumpur. [via Lowyat.net]

    P/S: Adakah anda tahu bahawa negeri Perak mendapat prefix A kerana dipercayai residen pertama British yang menggunakan kenderaan bermotor diikuti dengan Selangor (B), Pahang (C) dan seterusnnya. Negeri lain seperti Pulau Pinang menggunakan awalan P kerana menggunakan awalan ejaan negeri masing-masing. (via Nazjimee Amat Omar)