Category: Cerita Hari Ini

Hiburan

  • BN Kekal Kerusi DUN Tenang

    Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang selepas calonnya, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti undi 3,707, mengatasi calon PAS, Normala Sudirman.

    Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan tepat jam 10.03 malam oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini. – Berita Harian

    (more…)

  • Google buka pejabat di Malaysia

    Syarikat enjin carian, Google, akan meningkatkan pelaburan di Asia Tenggara tidak lama lagi untuk memberi perkhidmatan kepada para pengguna dan pengiklan bagi mengambil kesempatan daripada pertumbuhan luar biasa yang dijangka di kalangan pelbagai pengguna Internet.

    Pengarah Urusan Asia Tenggara Google, Julian Persaud berkata, pelaburan itu termasuk membuka satu pejabat di Malaysia pada hari ini di mana bilangan pengguna Internet hari ini dicatatkan 17 juta.

    Pembukaan pejabat Kuala Lumpur adalah sejajar dengan komitmen Google untuk menyediakan rakyat Malaysia dengan produk tempatan yang akan memudahkan kehidupan masing-masing.

    (more…)

  • Semakan Permohonan PTPTN 2011 Hari Ini

    Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini mengumumkan status permohonan pinjaman pembelajaran melalui e-mail dan laman web mereka.

    Semua pemohon telah dihantar satu SMS ringkas bahawa permohonan sudah diterima dan diproses dan para pemohon perlu mencetak semua borang dan maklumat penting melalui sisipan e-mail yang telah dihantar.

  • Pusat Komersial: Lagi Kes Hilang Motor

    Assalamualaikum. Belum lagi reda marah gua dengan pencuri lahabau LC kesayangan gua, hari ini gua dengar lagi dua kes kecurian di Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam. Taktau apa perkataan yang sesuai nak menggambarkan penyangak lahabau ni. Bahasa kasarnya, masa kecik takmau belajar sungguh sungguh, bila dah besar nak menyusahkan orang. Lepastu suka suka curi harta benda orang.

    Kadang kadang nak salahkan puak lahabau ni pun tak boleh jugak sebab depa ni pandai jugak ambik kesempatan atas kecuaian kita. Tak dinafikan, pada malam kejadian gua sikit alpa. Akibatnya, LC kesayangan tu dah jadi milik orang. Mungkin sekarang dah jadi bangkai dalam Sungai Klang.

    Gua ucapkan takziah kepada rakan gua yang dikhabarkan kehilangan motor pada tengahari semalam. Juga takziah kepada rakan kepada rakan yang hilang pada minggu lepas. Baik jugak jadi benda-benda ni, kita akan jadi lebih berhati-hati lepas ni. Kalau tak sedar jugak taktau la.

    (more…)

  • Dik, Berita Harian Habis

    Dik, Berita Harian Habis

    Assalamualaikum. Pagi tadi saya ke Bangsar untuk temujanji di Klinik Pergigian Bangsar. Sebelum temujanji, saya sempat bersarapan di gerai bersebelahan dengan klinik tersebut. Seperti biasa, rakyat Malaysia yang prihatin akan singgah dulu ke gerai mamak yang jual surat khabar, nak belek belek berita. Jadi apa yang peliknya?

    (more…)

  • Keputusan Biasiswa YBR 10 Januari

    Beberapa hari lepas, Yayasan Bank Rakyat telah menghantar SMS kepada semua calon yang memohon Biasiswa Yayasan Bank Rakyat pada sesi 2010 lepas. Keputusan untuk panggilan temuduga akan diumumkan pada 10 Januari 2010 melalui laman web rasmi Yayasan Bank Rakyat.

    atau

    KLIK UNTUK SEMAK KEPUTUSAN BIASISWA YBR 2010