Category: Cerita Hari Ini

Hiburan

  • 10 Negara Pengeluar Terbesar Perak

    10 Negara Pengeluar Terbesar Perak

    10 Negara Pengeluar Terbesar Perak

    Perak atau argentum (daripada bahasa Latin Argentum) ialah sejenis logam kimia keunsuran yang mempunyai simbol Ag dan nombor atom 47. Perak berwarna putih berkilau dan adalah sejenis logam peralihan.

    Logam ini telah diketahui semenjak zaman dahulu kala lagi dan memang telah lama dianggap sebagai logam berharga. Perak digunakan untuk menghasilkan bahan perhiasan, barang kemas, peralatan dan perkakas dapur yang bernilai tinggi dan duit syiling. Pada masa kini, logam perak digunakan untuk menghasilkan konduktor (pengalir) elektrik dan penyambung elektrik.

    (more…)

  • Ar Rahnu Agro Bank tidak terima pajakan syiling dan bar emas selepas 16 Mei

    Ar Rahnu Agro Bank tidak terima pajakan syiling dan bar emas selepas 16 Mei

    Ramai Master dealer Public Gold hari ini mengumumkan berita tidak rasmi tentang Ar Rahnu Agro Bank tidak lagi akan menerima pajakan syiling dan bar emas selepas 16 Mei 2011.

    Agro Bank tidak terima Gold Bar dan Syiling Emas

    Saya masih menanti berita rasmi daripada Agro Bank untuk kepastian. Jika sebelum ini mereka mengubah polisi dengan memberikan 65% kadar pinjaman daripada 70% kadar pinjaman sebelumnya. Para pemain emas sudah pasti akan mengubah strateginya selepas ini.

    (more…)

  • Harga Emas jatuh, apa nak buat?

    Harga Emas jatuh, apa nak buat?

    Harga Emas Semasa 30 Hari

    Sejak beberapa hari ini, ramai penggemar emas dan rakan-rakan pemerhati harga emas menelefon saya untuk mengetahui situasi sebenar apakah yang berlaku kepada harga semasa emas di pasaran sekarang.

    Wall Street Journal - Silver Slides in Asian Trading

    Seperti yang dijangka, selepas berita kematian Osama Laden menjadikan US Dollar mulai kukuh dan beberapa berita lain turut mempengaruhi kenaikan nilai USD berbanding nilai semasa emas. Graf di atas menunjukkan mulai 26 April harga emas melambung sehingga paras 148.25 ringgit per gram dan hari ini turun pada 140.95 satu gram.

    Harga Emas Semasa - 6 Mei 2011

    Jadual Public Gold pula menunjukkan harga emas bar 10 gram dijual pada RM1,649.00, 20 gram (RM3,268.00), 50 gram (RM8,131.00), 100 gram (RM16,186.00) dan 250 gram pada (RM40,274.00). Harga sedikit rendah berbanding harga pada 5 Mei, RM 1,691.00. Bagi para pelabur, inilah masa yang paling dinantikan untuk terus membuat pembelian sebelum harga kembali naik selepas penganalisis pasaran menjangkakan berlakunya ‘bounce back’ selepas harga menyentuh retracement point selepas harga minyak RON97 pun dah naik RM0.20.

    (more…)

  • [Gambar] Mayat Osama Laden di Photoshop?

    [Gambar] Mayat Osama Laden di Photoshop?

    Mayat Osama Laden

    Kecoh hari ini apabila pasukan tentera Amerika Syarikat berjaya mengebom kediaman Osama Laden dan berita ini menjadi satu kejayaan besar buat negara tersebut. Berita ini sebenarnya juga dipercayai sebagai propaganda Amerika untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dunia kepada Amerika. Saya percaya mereka buat ini untuk kembali mengukuhkan Dollar Amerika yang kian jatuh.

    (more…)

  • [Gambar] Yamaha 135LC 2011

    [Gambar] Yamaha 135LC 2011

    Yamaha 135LC 2011

    Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. baru baru ini telah melancarkan Yamaha 135LC model 2011 dengan enjin 135cc sejukan cecair empat lejang. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsan dan Industri, YB Dato’ Mustapa Mohamed.

    Motorsikal ini didatangkan dengan rekabentuk baru yang lebih elegan seperti lampu hadapan dan lampu ekor, rekabentuk speedometer yang memberi penglihatan yang lebih jelas, kunci anti-theft untuk keselamatan tambahan dan fender belakang untuk pertahanan daripada lumpur.

    Model Yamaha 135LC 2011 boleh didapati pada harga RM 6,118 untuk model tanpa kelas tangan dan RM 6,668 untuk model kelas tangan.

    (more…)

  • Singa Utara Kecewa Keputusan Pengadil. Tewas 1-3.

    Bagaikan seperti ada yang tak kena, peminat Singa Utara membantah sekerasnya keputusan pengadil menghadiahkan sepakan penalti semasa perlawanan dengan Harimau Muda A di Stadium Utama Kangar, Sabtu lepas.

    Hampir satu musim tidak berksempatan mengikuti perkembangan bola sepak Singa Utara, hari ini Singa Utara merupakan pasukan tercorot dalam Liga Super 2011 dengan 7 mata daripada 16 perlawanan. Situasi ini bakal membawa pasukan Singa Utara turun ke Liga Malaysia pada musim depan.

    Saya mendoakan semoga pemain dapat membuat kejutan dalam baki perlawanan akan datang dan para penyokong setia dapat memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Singa Utara.

    (more…)