Category: Cerita Hari Ini

Hiburan

  • Keputusan Final Pertama Piala AFF Suzuki 2010 – Malaysia lwn Indonesia

    Tamat sudah separuh masa pertama Final Pertama Piala AFF Suzuki 2010Malaysia lwn Indonesia dengan seri tanpa jaringan gol. Malaysia lebih banyak menyerang diselangi serangan daripada Indonesia. Malaysia mengutip 3 kad kuning pada separuh masa pertama.

    (more…)

  • Pemenang Anugerah Skrin 2010

    Anugerah Skrin 2010 sedang berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC Kuala Lumpur. Berikut adalah juara bagi kategori-kategori yang dipertandingkan ;)

    • Rancangan Realiti Terbaik – Showdown 2010 Episod 10.
    • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) – Fazura (Pisau Cukur)
    • Pelakon Pembantu Lelaki Tebaik (Filem) – Aaron Aziz
    • Filem Muzikal Terbaik – Anugerah Juara Lagu 2010
    • Anugerah Yasmin Ahmad – Shaheizy Sam
    • Drama Rangkaian Terbaik 2010 – Nur Kasih
    • Anugerah Filem Terbaik 2010 – Mualaf
    • Anugerah Drama Terbaik 2010 – Antara Garisan
  • Final Piala AFF Suzuki 2010: Malaysia lwn Indonesia

    Final Piala AFF Suzuki 2010: Malaysia lwn Indonesia

    Hai, menjelang Final Piala AFF Suzuki 2010, pasukan Malaysia dan Indonesia sibuk melakukan persiapan akhir. Di dada akhbar tempatan sibuk bercerita tentang perlawanan ini. Tiket habis, ucapan daripada peminat, perang psikologi dan lain-lain lagi berita menarik yang kita dengar.

    Final Piala AFF Suzuki 2010

    Dengan rekod kekalahan 5-1 kepada Indonesia, Malaysia pastinya nekad untuk bangkit menebus kekalahan pada peringkat kumpulan yang lepas.

    P/S: Tonton Perlawanan Malaysia dan Indonesia secara LIVE ONLINE STREAMING di sini.

  • Semakan Permohonan Biasiswa/Pinjaman PPBU YBR 2010

    Selepas saringan/temuduga secara online tamat pada 26 November lepas, ramai yang tertanya-tanya bilakah tarikh pengumuman Keputusan Pinjaman PPBU/Biasiswa Yayasan Bank Rakyat Tahun 2010. Saya masih lagi mencari tarikh rasmi di laman web rasmi YBR tetapi hanya pautan berikut ditemui.

    Sila klik di sini untuk memeriksa samaada permohonan anda diterima atau sebaliknya. Sehingga hari ini, pautan ini hanya menyatakan bahawa calon telah atau tidak menjawab soalan temuduga. Mungkin dalam masa terdekat keputusan akan diumumkan.

    KLIK UNTUK SEMAK BIASISWA YBR 2010

  • Tukar Kadar Pinjaman PTPTN ke 1%

    PTPTN dalam proses untuk menawarkan pertukaran pinjaman (3%) kepada pembiayaan pendidikan ujrah (1%) secara berperingkat mulai 11 November 2010. Jika anda merupakan peminjam PTPTN mulai 2008, sila bertindak segera dengan mendaftar di sini, kemaskini maklumat yang diminta, mencetak dan menandatangani dokumen tawaran yang dihantar ke alamat emel peminjam dan menghantar dokumen tawaran yang lengkap kepada PTPTN dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh tawaran.

    (more…)

  • iPhone 4, RM58 dengan Digi

    iPhone 4, RM58 dengan Digi

    Selepas dilancarkan pada Jumaat lepas, ramai yang bertanyakan saya tentang pakej iPhone 4 yang ditawarkan oleh Digi Telecommunication dan Maxis Telecommunication. Kesimpulan awal yang dapat saya simpulkan ialah memilih pakej Digi adalah pilihan yang bijak.

    Digi telah menyediakan satu jadual perbandingan harga pakej yang ditawarkan dengan harga pesaing mereka, Maxis. Jika anda seorang pengguna biasa yang penggunaan Internet ialah paling minumum, memilih pakej RM58 adalah sangat sesuai. Harga muka untuk iPhone 4 16GB ialah RM2,090 dan RM2,490 untuk 32GB.

    Jika anda masih keliru tentang apa yang ditawarkan oleh Digi, anda boleh rujuk jadual di bawah. Klik untuk Jadual Perbandingan Plan iPhone 4 Digi dan Maxis.

    (more…)