≡ Menu

Google buka pejabat di Malaysia

Syarikat enjin carian, Google, akan meningkatkan pelaburan di Asia Tenggara tidak lama lagi untuk memberi perkhidmatan kepada para pengguna dan pengiklan bagi mengambil kesempatan daripada pertumbuhan luar biasa yang dijangka di kalangan pelbagai pengguna Internet.

Pengarah Urusan Asia Tenggara Google, Julian Persaud berkata, pelaburan itu termasuk membuka satu pejabat di Malaysia pada hari ini di mana bilangan pengguna Internet hari ini dicatatkan 17 juta.

Pembukaan pejabat Kuala Lumpur adalah sejajar dengan komitmen Google untuk menyediakan rakyat Malaysia dengan produk tempatan yang akan memudahkan kehidupan masing-masing.

Persaud juga menyatakan bahawa pertumbuhan tinggi dijangka dari pasaran wayarles berikutan perkembangan persekitaran online di Malaysia yang berkembang dengan pantas melalui perkembangan signifikan yang berlaku di dalam akses Internet jalur lebar dan aktiviti e-niaga.

“Kami gembira untuk menjalin operasi terbaharu kami di sini di mana kami boleh menarik bakat tempatan berkualiti tinggi bagi membantu pengguna kami mendapatkan maklumat yang mereka ingini dan membantu kejayaan perniagaan Malaysia,” katanya kepada pemberita pada sidang media yang turut dihadiri Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir di sini hari ini.

Google telah membuka satu pejabat di Singapura dan Korea Selatan pada 2007. – Bernama

Other articles you might like;

4 comments… add one

Leave a Comment