Category: Cerita Hari Ini

Hiburan

  • 43,600 Carian Makcik Hajjah Sitt al-Wuzara di Google

    43,600 Carian Makcik Hajjah Sitt al-Wuzara di Google

    43,600 Carian Makcik Hajjah Sitt al-Wuzara di Google Hari IniSelepas kumpulan penggodam Gaysec mendedahkan identiti sebenar pengguna Facebook yang menggunakan nama Makcik Hajjah Sitt al-Wuzara, ramai penulis blog di Malaysia menulis tentang berita tersebut. Gaysec dalam #OpsRamadhan akhirnya berjaya mendedahkan nama sebenar disebalik nama samaran Makcik Hajjah Sitt al-Wuzara yang sebelum ini dihebohkan menyebarkan fahaman murtad di Malaysia dan Singapura iaitu Nor Arlene Tan Khalid dengan nombor kad pengenalan 850626146572.

    (more…)

  • Isu JAIS Serang Gereja: Dr Asri Minta Kukuhkan Institusi Baitulmal

    Isu JAIS Serang Gereja: Dr Asri Minta Kukuhkan Institusi Baitulmal

    Laporan akhbar tabloid tempatan baru-baru ini mendedahkan tentang serangan Jabatan Agama Islam Selangor keatas sebuah gereja di Petaling Jaya selepas mendapat laporan terdapat beberapa orang Islam menghadiri majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh gereja terbabit.

    Isu JAIS Serang Gereja: Dr Asri Minta Kukuhkan Institusi Baitulmal

    Sehubungan dengan itu, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin dalam blognya mengeluarkan pendapatnya tentang kelemahan institusi Baitulmal tempatan sehingga menyebabkan umat Islam yang memerlukan bantuan terpaksa mencari alternatif bagi meneruskan kehidupan.

    Enam hujah dilontarkan oleh Dr Asri termasuk menyoalkan wang zakat yang berjaya dikumpul selain kerenah birokrasi yang merumitkan proses permohonan zakat dan ‘menyalahkan orang yang membantu’ sedangkan kita sepatutnya membantu.

    Dalam satu pendapat yang menyokong, orang-orang kerajaan yang bekerja di Baitulmal sepatutnya turun padang menyelesaikan masalah kemiskinan dan bukannya menanti si miskin yang pergi mencari Baitulmal. Dan mereka tidak boleh goyang kaki sahaja menunggu si miskin datang meminta bantuan. Mereka diibaratkan menerima gaji menguruskan zakat tetapi tanggungjawab terabai. Renungkan.

  • JAKIM Nafi Dakwa Starbucks Haram, Siti Nurhaliza Difitnah

    JAKIM Nafi Dakwa Starbucks Haram, Siti Nurhaliza Difitnah

    JAKIM Nafi Dakwa Starbucks Haram, Siti Nurhaliza DifitnahDalam dua hari ini, terdapat dua isu yang hangat diperkatakan iaitu minuman Starbucks Coffee adalah didakwa mengandungi unsur arak dan barangan kosmetik SimplySiti menggunakan unsur babi dalam produk mereka. Oleh kerana bertindak melulu tanpa sebarang usul periksa, beginilah jadinya.

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan dakwaan pengguna laman Facebook dan Twitter tentang larangan meminum produk Starbucks Coffee kerana disahkan mengandungi unsur arak. Memetik sebaran media yang dikeluarkan Jakim,

    Restoran Starbuck Coffee telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM bermula dari 1 Ogos 2009 dan akan tamat pada 31 Julai 2012. Justeru JAKIM menasihatkan pengguna yang ingin ke restoran Starbuck Coffee maka perlu melihat Sijil dan logo halal yang dipamerkan di restoran tersebut atau merujuk www.halal.gov.my untuk pengesahan.

    Pada masa yang sama, Mynewshub melaporkan bahawa Siti Nurhaliza mendakwa bahawa dirinya telah difitnah selepas isu berus dalam produk kosmetiknya didakwa tidak halal. Walaubagaimanapun, Dato’ Siti Nurhaliza menafikan melalui Twitter beliau,

    “Semua produk SS & berus yg digunakan dlm produk adalah mendapat kelulusan HALAL drpd jakim dan pemeriksaan adalah dibuat sblm setiap produk dihasilkan dan kita akan mengenal pasti dan memperbaiki setiap usaha utk memastikan setiap produk mendapat kelulusan jakim.” – Siti Nurhaliza

    (more…)

  • Sosej Pulut dan Kek Ayam ‘Lokcin’ Sah Ada Unsur Babi

    Sosej Pulut dan Kek Ayam ‘Lokcin’ Sah Ada Unsur Babi

    Sosej Pulut dan Kek Ayam 'Lokcin' Sah Ada Unsur Babi

    Sosej pulut dan kek ayam (dikenali sebagai lokcin oleh penduduk setempat) dijual secara berleluasa di Bazar Ramadhan dan pesisir pantai Kuala Perlis disahkan mengandungi unsur babi dan tidak halal dimakan.

    Harian Metro melaporkan bahawa sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

    Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.

    (more…)

  • Dua Ayam KFC Percuma Dengan Hotlink Hot Tiket

    Dua Ayam KFC Percuma Dengan Hotlink Hot Tiket

    Dua Ketul Ayam KFC Percuma Dengan Hotlink Hot Tiket

    Dua tiga hari lepas bising-bising pasal plan BIS Hotlink yang mengecewakan, hari ini Maxis buat perangai lagi. Hot Tiket menawarkan dua ketul ayam KFC dengan menebus dua keping Hot Tiket bernilai RM15. Mereka akan memberikan anda 50 minit panggilan, 150 SMS dan tempoh sah 7 hari ke seluruh rangkaian dan mendakwa pengguna akan menerima nilai sehingga RM33 iaitu 120% daripada apa yang ditawarkan.

    P/s – Iyalah Hotlink!

  • Ganguan Internet Seluruh Negara 25 – 31 Julai 2011

    Ganguan Internet Seluruh Negara 25 – 31 Julai 2011

    Telekom Malaysia

    Telekom Malaysia Berhad (TM) mengumumkan kepada pelanggan-pelanggan mereka bahawa Telekom Malaysia akan menaik taraf rangkaian bagi terus mempertingkatkan prestasi rangkaian dan kualiti perkhidmatan. Aktiviti penaiktarafan  tersebut diadakan antara 16 Julai 2011 hingga 31 Julai 2011 dengan beberapa ganggung di kawasan dan perkhidmatan tertentu.

    Kerja-kerja penyelenggaraan rangkaian kabel dasar laut SEA-ME-WE4 (SMW4) menghubungkan Malaysia ke Eropah pada 25 hingga 31 Julai 2011 akan mengakibatkan sambungan Internet perlahan semasa mengakses laman-laman web antarabangsa yang dihoskan di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia Utara di seluruh Malaysia.

    Pelanggan yang menggunakan Rangkaian Persendirian Maya (VPN) dan aplikasi-aplikasi perniagaan kritikal yang dihubungkan ke Amerika Syarikat, Eropah dan Asia Utara akan mengalami gangguan perkhidmatan.

    (more…)