Category: Cerita Hari Ini

Hiburan

  • (Gambar) Sekitar Banjir Perlis September 2011

    (Gambar) Sekitar Banjir Perlis September 2011

    (Gambar) Sekitar Banjir Perlis September 2011

    Walaupun masuk hari ketiga banjir di negeri Perlis tetapi menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, hari ini sebanyak 10 pusat pemindahan masih beroperasi dengan 165 keluarga dan 634 mangsa dipindahkan. Seramai 774 mangsa dengan 155 keluarga dibenarkan pulang dan 14 pusat pemindahan sudah ditutup.

    Jumlah terkumpul keluarga yang dipindahkan sehingga hari ini ialah 320 keluarga dengan 1,408 mangsa terkumpul. Maklumat ini sah sehingga 9 pagi 14 September 2011.

    (more…)

  • Minggu Filem ‘I Love Capitalism’ 2011

    Minggu Filem ‘I Love Capitalism’ 2011

    Minggu Filem 'I Love Capitalism' 2011

    “Pernah terasa seolah-olah tujuan hidup di dunia ini hanyalah untuk mencari duit dan berbelanja sebanyak mungkin?” 

    “Pernah tertanya-tanya mengapa yang kaya bertambah kaya dan yang miskin sentiasa bertambah miskin?”

    Pernahkah anda tanya diri anda dengan soalan di atas? Bersempena dengan Persidangan CEO Sejagat FORBES 2011 (Forbes Global CEO Conference 2011) kali ke-11 yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 12 hingga 14 September 2011, Fahmi Reza menganjurkan I Love Capitalism 2011; satu siri tayangan filem yang akan membincangkan aspek politik, ekonomi, sosial, budaya dan impak persekitaran kapitalis yang diamalkan di Malaysia khususnya.

    (more…)

  • (Trik) Cara Langgan #Hotlink BIS Bonus RM20 Bulanan

    (Trik) Cara Langgan #Hotlink BIS Bonus RM20 Bulanan

    Selepas Hotlink mengumumkan dua pakej baru Blackberry Internet Services (BIS) iaitu BIS Social dan BIS Lite, ramai pengguna sedia ada Hotlink berang dengan tindakan mereka.

    Namun, tidak ramai yang tahu bahawa Hotlink masih lagi membenarkan pengguna untuk melanggan BIS Bonus pada harga RM20 bulanan dengan akses ke Internet, Social dan e-mail dengan had data 100MB.

    Caranya ialah dail *100# dan pilih 7 Internet & Tetapan, kemudian pilih 4 Blackberry Internet Services dan tekan 01 Seterusnya sehingga anda menjumpai 11 Monthly BIS Bonus 20.

  • Kenapa E-Mail Perlu Guna Nama Sendiri?

    Kenapa E-Mail Perlu Guna Nama Sendiri?

    Kenapa E-Mail Perlu Guna Nama Sendiri?

    Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Bila kali pertama anda mendaftar akaun e-mail? Kalau saya, tak silap saya daftar sekitar tahun 2002 di Yahoo! Mail sebab nak dapatkan akaun Geocities. Kemudian e-mail tu digunakan untuk mendaftar nickname di IRC. Dan kemudian akaun tersebut saya fikir sekarang tak wujud lagi ataupun sudah penuh dengan spam. Kemudian apabila Google memperkenalkan GMail sekitar 2004, saya beralih menggunakan perkhidmatan e-mel tersebut sehingga ke hari ini. Masa tu, GMail perlukan jemputan macam Google Plus atau Google Music sekarang ni.

    Okay, itu pengenalan ringkas sebelum saya fokuskan kepada tajuk ‘Kenapa E-Mail Perlu Guna Nama Sendiri?’. Sebenarnya soalan ini bakal dijawab oleh anda di akhir tulisan ini. Jadi, apa kelebihan gunakan nama sendiri di e-mel berbanding nama samaran?

    (more…)

  • Bantuan PTPTN: Terlupa Kata Laluan

    Bantuan PTPTN: Terlupa Kata Laluan

    Talian Bantuan, Aduan dan Pertanyaan PTPTN

    Ramai pemohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang mengalami masalah dengan akaun mereka mencari bantuan di Internet. Paling kurang mencari jawapan kepada masalah mereka. Semalam, salah seorang pemohon menghantar SMS kepada saya meminta bantuan. Daripada SMS yang diterima, nampaknya seperti terdesak.

    Masalah yang saya nampak dalam situasi ini ialah kata laluan yang digunakan adalah silap. Jadi, anda boleh menggunakan kemudahan ‘Terupa Kata Laluan‘ untuk set semula kata laluan anda. Jika masih tercari-cari dimana letaknya pautan tersebut, anda boleh klik di sini untuk set semula kata laluan PTPTN.

    (more…)