Category: Cerita Hari Ini

Hiburan

  • Kerajaan Sekat Hasrat Astro Naik Harga

    Jumaat lepas, Kabinet memutuskan Astro tidak boleh menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada SKMM. Kabinet berpendapat Astro tidak wajar menaikkan sebarang tarif berkaitan perkhidmatan mereka.

    Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata berkata beliau menyerahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk meneliti perkara ini.

    Rais berkata Astro seharusnya memikirkan tentang rakyat dan tidak sekaligus menaikkan harga sedemikian.

  • (LIVE) Keputusan Taiwan lawan Malaysia

    Kemenangan 2-1 di gelanggang sendiri pada Rabu lepas tidak memberi jaminan kepada skuad negara apabila pengendali, Datuk K. Rajagopal berharap perbezaan gol lebih besar akan memberi keselesaan sehingga minit terakhir perlawanan.

    Saya juga akan memuat naik keputusan semasa melalui entri ini. Tonton secara live di TV2 atau di Internet di Live Streaming TV2.

    3 (1) Taiwan lawan Malaysia (2) 2

    7.00 Petang Stadium Taipei

    LIVE UPDATE MALAYSIA LAWAN TAIWAN 3 JULAI 2011 (more…)

  • Misi Menang di Taiwan

    Misi Menang di Taiwan

    Malaysia Piala Dunia 2014

    Kemenangan 2-1 di gelanggang sendiri pada Rabu lepas tidak memberi jaminan kepada skuad negara apabila pengendali, Datuk K. Rajagopal berharap perbezaan gol lebih besar akan memberi keselesaan sehingga minit terakhir perlawanan.

    Lebih meyakinkan apabila penyerang Norshahrul Idlan Talaha akan digandingkan dengan Abdul Hadi Yahaya sebagai penyerang. Ahmad Fakhri Saarani turut digandingkan dengan Norshahrul dan di bahagian pertahanan Mahali Jasuli memperkukuhkan benteng kem Harimau Malaya.

    (more…)

  • (LIVE) Keputusan Malaysia lawan Taiwan

    Peminat bola sepak kebangsaan yang terlepas menyaksikan perlawanan Kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 menentang Taiwan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil boleh menonton secara langsung di depan kaca TV anda melalui saluran Astro Arena dan RTM 1 @ TV 1 pada jam 8.30 malam.

    Saya juga akan memuat naik keputusan semasa melalui entri ini. Tonton secara live di Internet di sini atau Live Streaming TV1.

    (2) Malaysia lawan Taiwan (1)

    8.45 Malam Stadium Nasional Bukit Jalil

    LIVE UPDATE MALAYSIA LAWAN TAIWAN (more…)

  • F&N Fun Spread the Ooomph & Win!

    F&N Fun Spread the Ooomph & Win!

    Dua tiga hari kebelakangan ni banyak pulak pertandingan dianjurkan. Hadiahnya pula bukan calang-calang. iPad 2, kamera DSLR, telefon bimbit dan macam-macam lagi. Kita sebagai pengguna yang untung sebenarnya, tapi bila kena beli produk untuk bertanding, win-win situationlah namanya.

    F&N Malaysia tidak ketinggalan untuk menganjurkan F&N Fun Spread the Ooomph & Win! yang menawarkan dua buah kereta Peugeot 207 untuk pemenang pertama, dua buah skuter dan dua pass wayang untuk setiap peserta.

    F&N Fun Spread the Ooomph & Win! (more…)

  • Harimau Malaya sedia kekang Taiwan

    Harimau Malaya sedia kekang Taiwan

    Malaysia lwn Taiwan

    Tepat jam 8.45 malam ini, pasukan kebangsaan kita akan menghadapi saingan hebat daripada Taiwan dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

    Menurut kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim dia dan rakan-rakannya sudah bersedia dari segi fizikal dan mental menentang asakan Taiwan.

    Memetik kata-kata beliau daripada Berita Harian, “Selama tujuh bulan lalu kami sekadar beraksi dalam perlawanan persahabatan dan ini peluang terbaik membuktikan kemampuan kami selepas kali terakhir menjulang Piala AFF Suzuki Disember, tahun lalu,” kata tonggak skuad Harimau Malaya itu.

    “Sasaran kami adalah untuk pergi sejauh mungkin dalam pusingan kelayakan ini dan mengekal rekod tanpa kalah sepanjang tahun ini. Memang kami tidak sabar untuk beraksi dalam perlawanan sebenar pertama selepas kejohanan peringkat Asia Tenggara tahun lalu.”

    (more…)