≡ Menu

JAKIM Nafi Dakwa Starbucks Haram, Siti Nurhaliza Difitnah

JAKIM Nafi Dakwa Starbucks Haram, Siti Nurhaliza DifitnahDalam dua hari ini, terdapat dua isu yang hangat diperkatakan iaitu minuman Starbucks Coffee adalah didakwa mengandungi unsur arak dan barangan kosmetik SimplySiti menggunakan unsur babi dalam produk mereka. Oleh kerana bertindak melulu tanpa sebarang usul periksa, beginilah jadinya.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan dakwaan pengguna laman Facebook dan Twitter tentang larangan meminum produk Starbucks Coffee kerana disahkan mengandungi unsur arak. Memetik sebaran media yang dikeluarkan Jakim,

Restoran Starbuck Coffee telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM bermula dari 1 Ogos 2009 dan akan tamat pada 31 Julai 2012. Justeru JAKIM menasihatkan pengguna yang ingin ke restoran Starbuck Coffee maka perlu melihat Sijil dan logo halal yang dipamerkan di restoran tersebut atau merujuk www.halal.gov.my untuk pengesahan.

Pada masa yang sama, Mynewshub melaporkan bahawa Siti Nurhaliza mendakwa bahawa dirinya telah difitnah selepas isu berus dalam produk kosmetiknya didakwa tidak halal. Walaubagaimanapun, Dato’ Siti Nurhaliza menafikan melalui Twitter beliau,

“Semua produk SS & berus yg digunakan dlm produk adalah mendapat kelulusan HALAL drpd jakim dan pemeriksaan adalah dibuat sblm setiap produk dihasilkan dan kita akan mengenal pasti dan memperbaiki setiap usaha utk memastikan setiap produk mendapat kelulusan jakim.” – Siti Nurhaliza

Berikut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Dato’ Siti Nurhaliza melalui laman Facebook Simplysiti.

KENYATAAN RASMI DARI SIMPLYSITI

Merujuk kepada sebaran lampiran yang terdapat di dalam blog, berikut adalah kenyataan daripada SimplySiti. Pihak kami terpaksa membuat kenyataan akhbar lebih awal memandangkan terlalu banyak pihak yang telah menyebarkan spekulasi mengenai hal ini. Kenyataan ini dibuat bagi mengelakkan salah faham orang ramai dan melindungi imej produk kami yang dituduh menggunakan berus babi.

Produk SimplySiti sentiasa mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM sebelum sebarang produk kami diberi sesuatu kelulusan Halal. Sebenarnya, produk-produk SimplySiti serta berus yang terdapat di dalamnya yang telah mendapat pengesahan Halal tidak terbabit dengan tuduhan yang dibangkitkan tersebut. Pihak kami selama ini berkerjasama rapat dengan pihak JAKIM dalam setiap proses yang harus dipatuhi sebelum sesuatu produk itu dihasilkan dan dipasarkan untuk kegunaan orang awam. Sokongan dan bantuan yang kami terima daripada pihak JAKIM amat kami hargai dan kami banyak belajar daripada mereka kerana sebagai perniagaan yang berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk semua, pihak JAKIM adalah rakan dan pihak yang sangat komited dan paling berwibawa dalam menghulurkan khidmat nasihat dan bantuan kepada pengusaha-pengusaha seperti kami terutama sekali dalam proses penghasilan dan pengesahan kualiti sesuatu produk secara amnya, dan untuk piawaian Halal secara khususnya. Sebab itu proses penghasilan sesuatu produk yang ingin mendapat pengesahan Halal daripada Jakim perlu melalui proses pemeriksaan dan siasatan yang terperinci bukan hanya bagi setiap jenis bahan yang terbabit di dalam pembuatan produk, malahan premis, setiap prosesnya termasuk pengangkutan, simpanan, pengeluaran, para pekerja dan segala-galanya perlu mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM.

Apa yang berlaku di dalam konteks seperti yang tertera di di dalam blog tersebut adalah tidak benar. Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebutBUKANLAH bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti tetapi hanyalah berus yang terlibat di dalam kerja pembersihan di kawasan kilang dan kerja-kerja menyamak dan penyucian menurut syarak telahpun dilakukan bagi memastikan tidak ada apa-apa langsung yang tidak suci terdapat di dalam premis kilang tersebut lagi sebelum proses pembuatan produk dilakukan di kilang tersebut.

Oleh itu, kami dengan ini menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar & berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM. Bukan itu sahaja, kami juga rasa terharu kerana kerjasama dan follow up yang kami terima daripada pihak JAKIM juga adalah pantas dan efisyen untuk kami mudah membuat apa-apa tindakan susulan dengan efektif.Memang sudah cita-cita dan niat Siti adalah untuk memastikan produk SimplySiti adalah halal, suci dan berkualiti. Hanya yang terbaik untuk semua para pengguna maka Siti sanggup buat apa sahaja dan akan terus berusaha memperbaiki mana-mana kekurangan walaupun proses atau usaha itu mengambil masa dan kos yang lebih sedikit daripada proses yang biasa. Sekiranya sesuatu produk itu diragui kesuciannya, kami tidak akan menjual malahan akan menarik balik dari pasaran.SimplySiti akan turut mendapatkan kenyataan daripada JAKIM supaya hal ini tidak lagi dipanjangkan sehingga meragukan pengguna SimplySiti. Kami harap pihak JAKIM akan dapat menerangkan status halal SimplySiti dalam kenyataan akhbar mereka nanti. Dan memandangkan isu ini timbul secara mengejut dan kebetulan jatuh pada hujung minggu, pihak SimplySiti akan turut berjumpa dengan pihak JAKIM secepat mungkin untuk berbincang tentang hal ini. Kami mohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi awal kerana kami sangat prihatin dan sentiasa menitikberatkan kualiti dan kesucian di dalam produk kami.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin
Presiden
SimplySiti Sdn Bhd
6 Ogos 2011

P/S Hati hati menulis di Internet. Mereka boleh saman anda kalau mereka teraniaya. Kalau tak mahu isu ini berpanjangan, lekaslah buat kenyataan terbuka.

Other articles you might like;

62 comments… add one
  • raingers August 8, 2011, 6:49 pm

    aku tak pernah minum starbuck..haha..sedap tak ea? kesian kan :)

  • tim August 8, 2011, 7:19 pm

    biasa lah.. org x puas hati.. mmg gitu. huhu.. nk mnjatuhkan org lain. cuba la pk benda elok, saing secara sihat.. huhu..

  • Ryan August 8, 2011, 11:56 pm

    Haiya.. hidup memang susah @_@

  • hana ahmad August 10, 2011, 6:09 pm

    tak pasal2 kena aniaya.

  • siti murni August 10, 2011, 7:10 pm

    bukan pelanggan starbucks dan bukan pengguna simplysiti..
    tapi harus kena ambil tau jugak hal2 halal haram ni…

  • titan August 11, 2011, 12:42 am

    best ke starbucks nih?

  • azue-chan~ August 12, 2011, 3:04 pm

    starbuck saya x pnh pegi..produk siti pun x pernah gna..
    so..saya takde issue ttg ini..hehe..^_-

  • anati August 13, 2011, 1:52 pm

    ok. ape kate lepas ni jakim expose kat org ramai terus benda2 yg halal & haram. jgn semata2 guna internet shj. nenek & atok di kg selalu x dpt berite psl status halal haram ni. hehe

  • suarapeople August 25, 2011, 5:58 pm

    kalau dah rasa was was tu lebih baek jangan =)

  • Fahie September 3, 2011, 2:13 am

    xpena pulak aku minum starbuck…gune brangan simply pun xpena…
    hehe..xyah ssusah pikir halal-haram bende nih

  • Noor October 26, 2011, 11:01 pm

    Saya pun nak tahu sangat produk kolegen DNhans Gold dan kopi Lasindah dari D’Navechee tu ada ker sijil HALAL. Nama company tu tak de langsung dalam senarai di JAKIM. Siapa boleh tolong siasat?

Leave a Comment