Telekom Malaysia Berhad (TM) mengumumkan kepada pelanggan-pelanggan mereka bahawa Telekom Malaysia akan menaik taraf rangkaian bagi terus mempertingkatkan prestasi rangkaian dan kualiti perkhidmatan. Aktiviti penaiktarafan tersebut diadakan antara 16 Julai 2011 hingga 31 Julai 2011 dengan beberapa ganggung di kawasan dan perkhidmatan tertentu.
Kerja-kerja penyelenggaraan rangkaian kabel dasar laut SEA-ME-WE4 (SMW4) menghubungkan Malaysia ke Eropah pada 25 hingga 31 Julai 2011 akan mengakibatkan sambungan Internet perlahan semasa mengakses laman-laman web antarabangsa yang dihoskan di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia Utara di seluruh Malaysia.
Pelanggan yang menggunakan Rangkaian Persendirian Maya (VPN) dan aplikasi-aplikasi perniagaan kritikal yang dihubungkan ke Amerika Syarikat, Eropah dan Asia Utara akan mengalami gangguan perkhidmatan.
Maklumat lanjut berkaitan proses naik taraf ini boleh didapati daripada laman web Telekom Malaysia.
Other articles you might like;
brodben aku ni pun ada gangguan gak ke?? slow semacam jek..haha
bertukarlah kepada berokband…lol
Entri terkini aidil banting: MILO Mini Van