
Tak ada yang lebih cool hari ini selain daripada ini. Selamat hari Jumaat.
Hiburan

Walaupun Apple Store mula menjual iPhone 4S Unlock pada harga RM2,199, pengguna masih perlu bergantung kepada pelan data yang disediakan oleh operator seperti Digi, Celcom dan Maxis.
Jadual di bawah disediakan oleh Digi, yang membandingkan plan iDiGi88 yang kelihatan menawarkan lebih penjimatan berbanding Celcom 98 atau Maxis iValue 100.
Serendah RM55 (selepas rebat Auto-billing), pelanggan akan ditawarkan data 1GB, 200 minit percuma ke semua operator, 200 SMS dan 20 MMS percuma.
Pada pendapat saya, DiGi mampu menawarkan harga terbaik untuk pelan data iPhone 4S tetapi masih lagi terhad kepada kawasan yang mempunyai capaian 3G.



Peminat iPad 3 di Malaysia hari ini sudah boleh membuat tempahan iPad 3 melalui Apple Store Malaysia, dengan harga serendah RM1,499 untuk model 16GB WiFi dan RM1,899 untuk 16GB WiFi dan 4G. Berbeza dengan iPad 2, model generasi ketiga ini didatangkan dengan kamera iSight 5MP, paparan retina dan teknologi 4G.
iPad 3 didatangkan dalam dua pilihan warna, hitam dan putih; dengan pilihan storan 16GB, 32GB dan 64GB. Harga bagi iPad 3 WiFi 32GB ialah RM1,799; 64GB RM 2,099 manakala 32GB WiFi dan 4G RM2,199 dan 64GB RM2,499.

Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini menetapkan sistem tukaran wang asing menerusi internet adalah haram untuk disertai umat Islam.
Pengerusinya, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, menerusi perbincangan antara ahli jawatankuasa fatwa didapati urus niaga Forex Internet tidak memenuhi syariah.
Menurutnya, setakat ini ditetapkan ia adalah haram kerana banyak perkara yang meragukan dan syariah tidak membenarkannya. (more…)