Category: Cerita Hari Ini

Hiburan

  • Gelandangan jadi sasaran ajaran Kristian

    Dua orang lelaki warga asing yang menyebar  ajaran kristian kepada penarik beca dan orang gelandangan di sekitar Georgetown, baru-baru ini.  - Foto Ramdzan Masiam

    Dua orang lelaki warga asing yang menyebar ajaran kristian kepada penarik beca dan orang gelandangan di sekitar Georgetown, baru-baru ini. – Foto Ramdzan Masiam

    Cubaan ‘pelancong’ murtadkan orang Islam di sekitar Pulau Pinang

    Georgetown: Pertubuhan Aktivis Pengupayaan Insan (API) mendedahkan wujud usaha memurtadkan orang Islam terutama golongan gelandangan sekitar Pulau Pinang, menggunakan wang tunai dan keperluan asas sepanjang Ramadan.

    Timbalan Pengerusi 2 API, Asti Toba, berkata pihaknya mengesan usaha terbabit secara tidak sengaja ketika menjalankan program mengumpul rekod orang gelandangan sekitar bandar ini, termasuk kawasan Masjid Kapitan Keling, di sini, Khamis lalu.

    Pengayuh beca terbabit mengaku diberi RM50 serta dijanjikan pelbagai kesenangan seperti keperluan asas dan sampingan, malah memaklumkan dua lelaki terbabit akan datang semula keesokannya untuk mengkristiankan dia.

    Katanya, dua lelaki Eropah yang berpakaian seperti pelancong didapati mendekati golongan gelandangan, termasuk pengayuh beca dengan bertanyakan lokasi menarik sekitar bandar.

    Tanya soalan hampir sejam

    “Kami pada mulanya tidak menghiraukan tetapi selepas sejam, berasa pelik dengan dua pelancong berkenaan yang bertanya pelbagai soalan hampir sejam kepada seorang pengayuh beca sebelum kami mendekati mereka.

    “Alangkah terkejutnya apabila dua lelaki terbabit sedang bercakap mengenai dosa, kitab injil, dan jesus (Nabi Isa) kepada pengayuh beca sebelum jurugambar kami yang melintasinya mendengar ayat yang mengatakan Jesus itu betul dan Nabi Muhammad tidak betul,” katanya yang ditemui, di sini, semalam.

    Asti berkata, pihaknya yang giat mengumpul data golongan gelandangan kemudian dihampiri pengayuh beca berkenaan yang mengatakan dirinya didakwah oleh dua lelaki berkenaan yang sebenarnya paderi.

    “Pengayuh beca terbabit mengaku diberi RM50 serta dijanjikan pelbagai kesenangan seperti keperluan asas dan sampingan, malah memaklumkan dua lelaki terbabit akan datang semula keesokannya untuk mengkristiankan dia.

    “API turut menerima laporan bahawa ada usaha dakwah kristian ketika beberapa remaja Islam sedang berbuka di sebuah restoran makanan segera di Persiaran Gurney, Khamis minggu lalu dengan bertanya soalan yang cuba mengelirukan mereka yang kurang arif mengenai Islam,” katanya.

    Guna kelas tuisyen

    Mengulas lanjut, Asti berkata pada Mac tahun lalu, seorang lelaki yang dipercayai paderi dibantu rakan wanitanya yang lengkap bertudung dan berbaju kurung menganjurkan kelas tuisyen di dalam Universiti Sains Malaysia (USM) dan menggunakan kesempatan itu, berdakwah dikalangan pelajar Islam.

    “Lelaki terbabit cuba melakukan dakwah, terkejut dengan kehadiran Pengasas Islamic Propagation Society International (IPSI), Kamarudin Abdullah sebelum mengakui dirinya seorang paderi dan enggan berdebat dengan beliau.

    “Ini dikuatkan lagi dengan pengakuan seorang pengemis yang dirinya hanya perlu membuat satu panggilan saja kepada seorang lelaki dari sebuah gereja dari bandar ini untuk mendapatkan wang tunai, keperluan asas dan vitamin untuk ahli keluarganya yang hidup merempat,” katanya.

    Sumber: Gelandangan jadi sasaran

  • Pelajar Yayasan Terengganu kesal sertai BERSIH 2.0 di Mesir

    “Saya sungguh kesal dan saya tidak akan buat lagi kerja yang sia-sia dan tidak bermanfaat begini.”

    Demikian luahan Muhamad Hasyim Che Ngah yang pinjaman pendidikannya ditamatkan Yayasan Terengganu (YT) kerana menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, Mesir, tahun lalu.

    Muhamad Hasyim, 21, pelajar tahun tiga jurusan perubatan Universiti Al-Azhar adalah antara sembilan anak Terengganu ditamatkan pinjaman, dan semalam beliau menemui Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bagi merayu agar pinjamannya disambung semula.

    “YT meluluskan pinjaman sebanyak RM301,144. Daripada jumlah itu, RM170,000 digunakan untuk yuran pengajian dan sara hidup,” katanya.

    Beliau yang datang bersama bapanya, Che Ngah Abdullah, 57, berkata sejak pinjamannya ditamatkan Julai tahun lalu, tidak ada pihak yang membantu untuk meneruskan pengajian.

    “Saya merayu agar diberi peluang kedua. Saya berjanji tidak akan melakukan perkara sama pada masa depan dan akan memberi tumpuan kepada pelajaran,” katanya yang pulang bercuti selama dua bulan.

    Mengulas perhimpunan itu, Muhamad Hasyim berkata beliau mengetahuinya menerusi rakan dan internet beberapa hari sebelum ia berlangsung, selain diberitahu mengenai pemakaian baju-T berwarna kuning. – BERNAMA

    Sumber: Pelajar YT kesal sertai BERSIH 2.0 di Mesir

  • Usah sambut merdeka berasingan

    Pembangkang dinasihatkan tidak membelakangkan sambutan Hari Kemerdekaan hanya kerana perbezaan fahaman politik dengan parti memerintah.

    Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata pembangkang perlu menghormati Hari Kemerdekaan dan bersama dengan kerajaan dalam meraikan hari keramat Malaysia itu.

    “Sesiapapun boleh beri pandangan termasuk tidak bersetuju dengan Janji Ditepati (tema Hari Kemerdekaan tahun ini) juga kritik simbolnya, tetapi saya mohon jangan terpesong daripada hormati Hari Merdeka.

    Tidak usah diganti (tema), sebab kerajaan sudah putuskan ‘Janji Ditepati’ diguna tahun ini”. – Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

    “Bagi seseorang yang menjadi pembangkang di negara ini, bangkangan itu tidak sahih jika dia membelakangi Hari Merdeka,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini, semalam.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pembangkang yang bercadang menggunakan tema ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ bagi sambutan Hari Kemerdekaan dan mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan yang berasingan menggunakan tema dipilih mereka.

    Rais berkata, sekiranya pembangkang berdegil mahu mengadakan sambutan secara berasingan, tindakan itu adalah yang pertama sejak negara merdeka.

    “Tidak usah diganti (tema), sebab kerajaan sudah putuskan ‘Janji Ditepati’ diguna tahun ini dan kiranya tiada aral pada masa akan datang, kita timbang tema (pembangkang), kita jalinkan dalam program lain

    “Saya tidak gusar mereka terima atau tidak terima, buatlah apa yang patut, tetapi saya mohon wajarlah kita bersama dan beri penekanan kepada sayangnya kita kepada Malaysia,” katanya. – BERNAMA

    Sumber: Usah sambut merdeka berasingan

  • Syukuri keamanan dikekalkan Kerajaan

    Najib  melihat kain rentang  yang ditandatangani  wanita daerah Raub  pada majlis berbuka puasa bersama  penduduk Kampung Gali Tengah,  di Raub, malam tadi. - Foto Luqman Hakim Zubir

    Najib melihat kain rentang yang ditandatangani wanita daerah Raub pada majlis berbuka puasa bersama penduduk Kampung Gali Tengah, di Raub, malam tadi. – Foto Luqman Hakim Zubir

    Raub: Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat mensyukuri nikmat keamanan dan ketenteraman yang berjaya dikekalkan Barisan Nasional (BN) sejak memerintah negara 55 tahun lalu.

    Perdana Menteri berkata, rakyat pelbagai lapisan kecuali generasi muda pernah merasai kesusahan pemimpin BN terdahulu menangani ancaman besar dalam mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam. Beliau berkata, nikmat keamanan dan ketenteraman itu sebenarnya adalah hasil pengorbanan pahlawan negara yang sanggup menggadai nyawa dan berkorban untuk mempertahankannya demi kepentingan generasi sekarang.

    “Keamanan dan ketenteraman yang dikecapi sekarang ini dibayar dengan darah, ini semua untuk rakyat Malaysia.

    “Banyak dugaan yang terpaksa diharungi untuk wujudkan suasana aman dan tenteram seperti sekarang,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama lebih 10,000 penduduk Kampung Gali Tengah di sini, malam tadi.

    Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong merangkap Ketua Umno Bahagian Raub, Datuk Shahiruddin Ab Moin.

    Selain itu, Najib turut mengumumkan pembinaan kampus baru Universiti Teknologi MARA (UiTM) bernilai RM230 juta di daerah ini yang dijangka siap tiga tahun akan datang

    Sumber: Syukuri keamanan dikekalkan BN: Najib

  • 2 badan pengguna tak sekata

    FOMCA bantah, CAP sokong syor bayar saman serta-merta

    Kuala Lumpur: Cadangan supaya kerajaan melaksanakan sistem saman dan bayar serta-merta terhadap pesalah lalu lintas bagi mendidik pemandu mematuhi peraturan jalan raya mendapat reaksi berbeza pelbagai pihak.

    Untuk berita penuh dapatkan naskhah BH hari ini

    Via: 2 badan pengguna tak sekata

  • Logo Sambutan Kemerdekaan 55 asli dan Merapu

    Logo Sambutan Kemerdekaan 55 asli dan Merapu

    20120728-101100.jpg

    Berita Harian melaporkan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mempertahankan keaslian logo Sambutan Kemerdekaan ke-55 dan menyangkal temanya ’55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati’ berunsur politik.

    Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata tidak wujud soal ciplak dalam logo itu, sebaliknya ia direkabentuk sebagai manifestasi gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

    Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Kemerdekaan menyifatkan mereka yang mempertikai dan mempersendakan logo dan tema berkenaan mahu mencari publisiti murahan tanpa membuat penilaian rapi.

    Katanya, logo digunakan tidak jauh bezanya dengan tahun lalu dan mesejnya juga sama, iaitu sebagai simbol jiwa merdeka rakyat yang hidup dalam sebuah negara harmoni dan bersatu meraikan kemerdekaan.

    “Sepuluh tahun menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Kemerdekaan, tahun ini kita menerima kritikan nakal dan pedas yang saya percaya wujud akibat dari persepsi politik,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

    Rais berkata, kritikan seumpama itu tidak seharusnya dilemparkan, apatah lagi Ramadan sepatutnya diisi dengan kegiatan bermanfaat, bukannya mencaci dan menaburkan fitnah.

    Saya tidak kisah kalaupun slogan Janji Ditepati slogan bulan Kemerdekaan 2012 selepas 55 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Betul melambangkan menifesto Barisan Nasional bahawa setiap janji oleh PM Malaysia akan ditunaikan dan rakyat mendapat untung.

    Perkara ini tidak akan jadi itu, kerana isu pertama ialah rekabentuk logo ini langsung tidak mempunyai elemen sebagai logo kerana lebih daripada itu dan bagi saya mencacatkan pemandangan. Mohon DS Dr Rais gunakan logo yang lebih professional bagaimana DS Najib begitu professional melaksanakan Janji janji beliau.

    Jika benar logo kemerdekaan adalah simbol perpaduan menjelang kemerdekaan, sila tukar. Rakyat juga sila tukar perangai.