Category: Cerita Hari Ini

Hiburan

  • Rahsia 5 Rasa Makanan Penyembuh Penyakit

    Rahsia 5 Rasa Makanan Penyembuh Penyakit

    Rasa yang didapati dalam makanan dan buah buahan sebenarnya mempunyai khasiat yang tersendiri. Khasiat ini diperlukan oleh tubuh badan untuk menjadikan sistem pertahanan yang lebih kuat untuk melawan penyakit. Selain daripada itu, rasa yang terdiri daripada manis, masin, pahit, kelat, payau dan sebagainya boleh menyembuhkan penyakit.

    Manis, boleh memberi tenaga dan memudahkan pembuangan najis, masin menyegarkan badan dan mencuci saluran perkumuhan, kelat mengawal gula dan membnu kuman, pahit mengawal dan menstabilkan garam dalam badan, manakala pedas membakar dan mencairkan kotoran dalam badan.

    Kesemua rasa ini mudah didapati dalam makanan seharian seperti ulam ulaman dan herba.

    20120620-041658.jpg

  • Akta Keterangan (Pindaan) 2012 Kuatkuasa 1 Jun

    Akta Keterangan (Pindaan) 2012 Kuatkuasa 1 Jun

    20120531-225756.jpg

    Amanz.my melaporkan bahawa Akta Kenyataan (Pindaan) 2012 akan dikuatkuasakan mulai esok selepas diluluskan kabinet pada April. Bagi kita yang tidak begitu kenal apa itu Akta Kenyataan dan apakah yang terkandung dalam akta ini, dan kenapa akta ini dipinda dan kenapa dilaksanakan pada hari ini, berikut adalah penerangannya.

    Dalam Seksyen 114, Akta Penerangan 1950 menyatakan bahawa mahkamah boleh menganggap kewujudan fakta tertentu dengan menganggap kewujudan apa-apa fakta yang difikirkannya mungkin telah berlaku, setelah mengambil perhatian akan perjalanan biasa kejadian semula jadi, kelakuan manusia, dan urusan awam dan persendirian, dalam hubungannya dengan fakta kes
    yang tertentu itu.

    Contohnya, bahawa seseorang yang ada dalam milikannya barang curi selepas sahaja barang itu dicuri ialah pencuri barang itu atau telah menerima barang itu dengan disedarinya sebagai barang curi, melainkan jika dia boleh menerangkan bagaimana barang itu berada dalam milikannya;

    Pindaan kepada Seksyen 114 (a) Akta Keterangan termasuk ketetapan adalah seperti berikut:

  • Jika nama anda, gambar atau nama samaran dilihat di mana-mana penerbitan yang menggambarkan diri anda sebagai penulis, anda dianggap telah diterbitkan kandungan itu.
  • Jika paparan kenyataan diperoleh dari akaun Internet atau telefon anda, anda disifatkan sebagai penulis melainkan jika dibuktikan sebaliknya.
  • Jika anda mempunyai kawalan atau jagaan mana-mana komputer yang menerbitkan mana-mana bahan, anda dianggap sebagai penulis melainkan ia dibuktikan sebaliknya.
  • Dengan pindaan ini, penafian daripada pesalah tidak boleh lagi diterima sekiranya tidak disertakan bukti yang kukuh.

    Selari dengan kemajuan Internet, selepas kewujudan laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, akta ini dilihat dapat membendung gejala buruk seperti penyebaran fitnah dan hasutan berleluasa di Internet.

    Pemilik laman blog, portal atau laman komuniti akan lebih serius menjaga kandungan agar tidak terjebak dalam mana-mana elemen yang disebutkan di atas kerana setiap komen akan dianggap oleh mahkamah sebagai mencerminkan pandangan pemilik kecuali dinyatakan atau dinafikan.

  • Pinjaman PTPTN 11,764 Pelajar ditukar Biasiswa

    Pinjaman PTPTN 11,764 Pelajar ditukar Biasiswa

    Sejumlah 11,764 peminjam Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) tidak perlu membayar balik pinjaman yang ditukar kepada biasiswa apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

    Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata ini merupakan satu penghargaan kepada para peminjam atas usaha keras dan kesungguhan mereka dalam bidang pelajaran.

    Mengenai jumlah peminjam yang telah membayar balik hutang mereka, Ismail berkata sejumlah RM3.18 bilion berjaya dikutip daripada 759,526 peminjam.

    Selain itu, sejak 31 Mac lalu, seramai 25,138 peminjam yang disenarai hitam datang berunding dengan PTPTN serta membayar balik dengan kutipan berjumlah RM178.9 juta, katanya. — Bernama

  • Sime Darby Idam kejutkan Kelantan, Cipta Sejarah

    SETELAH kecewa dalam dua aksi final Piala FA sebelum ini, Kelantan tidak mahu episod duka itu berulang dan tekad untuk menjulang piala itu buat kali pertama apabila menentang Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam ini.

    Kapten Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi berkata, pasukan itu tidak akan memandang mudah cabaran wakil kelab Lembah Klang itu yang melakukan banyak kejutan dalam laluan mereka ke pentas final.

    “Mereka merupakan sebuah pasukan yang kuat dalam saingan Piala FA musim ini, jadi saya harap pemain Kelantan akan mempamerkan aksi terbaik mereka kerana kita tidak mahu kecewa buat kali ketiga,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan perlawanan akhir Piala FA di Kuala Lumpur, semalam.

    Skuad ‘The Red Warriors’ tumpas 1-4 menerusi sepakan penalti kepada Selangor pada 2009 selepas terikat 1-1 dalam masa penuh permainan serta kalah 1-2 kepada Terengganu pada musim lepas.

    Mohd Badhri yang dikenali dengan nama jolokan ‘Piya’ di kalangan rakan sepasukan, turut mengakui tekanan yang diberikan oleh peminat setia ‘The Red Warriors’ untuk menjulang Piala FA buat kali pertama itu, sedikit sebanyak menjejaskan tumpuan pemain skuad tersebut.

    “Cuma apa yang saya harapkan, setiap pemain perlu memberikan sepenuh fokus dalam perlawanan esok selain tidak memandang mudah keupayaan lawan.

    “Saya turut meminta Norshahrul (Idlan Talaha) dan Indra Putra (Mahayuddin) menjaringkan gol awal untuk membakar semangat pemain pada perlawanan esok (hari ini),” katanya.

    Kapten pasukan Sime Darby, Es Lizuan Zahid Amir pula berkata, semua pemain pasukan tersebut sangat teruja untuk meraih kemenangan bagi mencipta sejarah sebagai pasukan berstatus kelab pertama muncul juara piala tersebut.

    “Pihak pengurusan turut menjanjikan habuan kepada pemain sekiranya menang… ini merupakan tonik tambahan kepada kami untuk mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan itu nanti,” katanya.

    Skuad tersebut mencipta kejutan dengan menjadi kelab pertama yang melayakkan diri ke final Piala FA termasuk menumbangkan juara bertahan, Terengganu pada saingan separuh akhir. – Bernama

  • Air Nyiur Air Kelapa

    Air Nyiur Air Kelapa

    Tengah malam, cuba membasahi tekak. Lalu menuju keluar daripada kesunyian Shah Alam ke pinggir kota. Tibanya di Uptown Shah Alam, kaki menapak laju ke medan selera di belakangnya. Hiruk pikuk warga kota mencari jersi Sime Darby (agaknya) tidak dihiraukan. Duduk atas meja, dipesan segelas air kelapa.

    Alhamdulillah.

  • Misteri ‘Satu Hati’ di Jentera Repsol Honda 2012

    Misteri ‘Satu Hati’ di Jentera Repsol Honda 2012

    Misteri 'Satu Hati' di Jentera Repsol Honda 2012

    Dalam perlumbaan MotoGP minggu lepas, kita dikejutkan dengan misteri perkataan Satu Hati, yang dipaparkan di jentera Repsol Honda tunggangan Stoner dan Pedrosa. Sangat mengujakan apabila bahasa Melayu/Indonesia dimartabatkan oleh pengeluar.

    Rupanya, One Heart atau Satu Hati ialah slogan kepada Astra Honda, anak syarikat Honda di Indonesia, yang juga merupakan pengeluar motorsikal terbesar di Indonesia iaitu sebanyak 3.3 juta setahun. Slogan ini turut di dipaparkan di sut pelumba.

    Logo 1Malaysia juga banyak dipaparkan di jentera hebat seperti jentera KTM Moto3 milik Zulfahmi Khairuddin selain Caterham F1 Team yang ditaja oleh AirAsia.