≡ Menu

Penulis Blog di Malaysia Cecah 500,000

Penulis Blog di Malaysia Cecah 500000

Portal informasi dan teknologi, Amanz.my hari ini melaporkan bahawa penulis blog di Malaysia sudah mencecah angka 500,000 orang seperti yang didedahkan dalam acara Minggu Media Sosial 2012  di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini hingga 17 Februari ini.

Minggu Media Sosial Malaysia 2012 merupakan satu program yang bakal di adakan bersempena dengan Minggu Media Sosial Sedunia. Minggu Media Sosial Malaysia 2012 diadakan bertujuan untuk mewujudkan serta merapatkan hubungan pengamal media sosial seperti penulis blog melalui pendekatan terkini dan mudah serta menangani isu-isu generasi muda pada supaya menggunakan media sosial dengan cara lebih positif. Golongan sasaran yang akan menyertai MSMW ini adalah ketua pegawai eksekutif, pengusaha korporat dan industri, wartawan dan penulis media online, penulis blog, pengurusan komunikasi korporat, penuntut institusi pengajian tinggi, pakar-pakar teknologi maklumat, pemimpin politik dan agensi-agensi kerajaan.

Program Minggu Media Sosial Malaysia 2012 ini dianjurkan oleh Social Media Chambers, iaitu organisasi yang mempromosi dan menyokong penggunaan media sosial secara berdisiplin dan beretika, dengan sokongan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Penulis blog juga berpeluang memenangi anugerah dalam pertandingan yang dianjurkan. via Cikgu Dahlia.

Other articles you might like;

3 comments… add one
  • Ahmad Ijat February 15, 2012, 11:16 am

    Ramai jugak blogger kat Malaysia ni ye. Err, AI termasuk ke dalam senarai nih???

  • Mohd Isa February 15, 2012, 2:05 pm

    cam mana ye dorang kira? hehe

Leave a Comment