Category: Cerita Hari Ini

Hiburan

  • Semak Keputusan MUET November 2011 pada 12 Januari

    Keputusan MUET bagi calon November 2001 akan diumumkan pada 12 Januari 2012. Calon boleh menyemak keputusan MUET November 2011 melalui laman web www.mpm.edu.my mulai 9 pagi.

    Selain daripada itu, calon boleh menyemak melalui khodmat pesanan ringkas (SMS) dengan Menghantar MUET RESULT ke 15888 atau MUET ke 36363 mulai 12 pagi pada hari pengumuman.

  • Cara Tebus Baucar Buku 1Malaysia UiTM Shah Alam

    Cara Tebus Baucar Buku 1Malaysia UiTM Shah Alam

    Cara Tebus Baucar Buku 1Malaysia

    Kesinambungan daripada entri terdahulu, hari ini saya sendiri ke Unit Kewangan 4 UiTM Shah Alam untuk menebus Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM200. Prosedurnya mudah, anda boleh ke mana-mana Pejabat Bendahari atau Unit Kewangan di UiTM Shah Alam atau Pejabat Bendahari Kampus Cawangan. Bagi pelajar Masscomm, anda boleh ke Unit Kewangan Zon 4 yang terletak di Fakulti Matematik dan Sains Komputer, bersebelahan Fakulti Pergigian.

    Apabila tiba giliran anda, anda dikehendaki menunjukkan kad matrik dan kad pengenalan untuk pengesahan. Kemudian, pegawai akan memberikan anda empat keping baucar untuk ditulis nama dan nombor kad pengenalan. Selesai!

    (more…)

  • Tuntut Baucar Buku RM200 daripada Zon Kewangan Fakulti UiTM

    Tuntut Baucar Buku RM200 daripada Zon Kewangan Fakulti UiTM

    20120110-224248.jpg
    Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar UiTM hari ini mengumumkan baucar buku RM200 sudah boleh dituntut mulai hari ini sehingga 15 Mac 2012. Pelajar boleh mendapatkan baucar buku RM 200 daripada Zon Kewangan Fakulti masing-masing atau dari Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar bermula 10 Januari 2012 sehingga 15 Mac 2012. Semua pelajar warganegara Malaysia yang aktif layak mendapat baucar berkenaan. Bagi pelajar di kampus negeri, sila berhubung dengan Pejabat Bendahari kampus, bagi mendapatkan tarikh agihan baucar akan dilaksanakan.
    (more…)

  • KH Kopi – Minuman Herba Rawat Diabetes

    KH Kopi – Minuman Herba Rawat Diabetes

    Bagi yang belum pernah mendengar tentang KH Kopi, hari ini saya berminat untuk kongsikan satu produk kesihatan keluaran 100% Bumiputera Muslim yang berupaya merawat penyakit-penyakit kronik seperti lebihan gula, lebihan kolestrol, batu karang, buasir, ghout, migrain, athma, mandul, mata kelabu dan injap tersumbat. Ramai yang telah mencuba dan berjaya meneruskan kehidupan dengan kesihatan yang lebih baik tanpa berbelanja ribuan ringgit. Saya permudahkan pemahaman anda dengan perkongsian ini.

    Penyakit

    Penyakit berpunca daripada kekotoran yang membeku dalam jangkamasa yang lama dan tidak dapat dibuang melalui lima sistem perkumuhan tubuh badan yang telah Allah SWT kurniakan pada manusia seperti najis, kencing, peluh, kahak (muntah) dan hingus. Sistem perkumuhan yang berfungsi sepenuhnya akan menjadikan manusia sihat. Allah SWT tidak pernah menciptakan ubat-ubatan daripada batu-batan (kimia) dan dadah yang beracun untuk hamba-hambanya. Sebagai lambang kasih sayang Allah SWT kepada hambanya untuk melawan penyakit, Allah SWT ciptakan pelbagai makanan yang terdiri daripada 9 rasa yang terkandung beribu khasiat.

    (more…)

  • Kalendar Cuti Umum Malaysia 2012

    Kalendar Cuti Umum Malaysia 2012

    20120103-115749.jpg

    Kalendar Cuti Umum 2012 merupakan panduan kepada rakyat Malaysia untuk mengatur cuti mereka bagi tahun 2012. Secara kasarnya, banyak hari cuti jatuh pada hari Ahad dan menjadi kelebihan kerana cuti umum yang jatuh pada hari Ahad akan dilanjutkan sehingga hari Isnin.

    1 Januari (Ahad)
    Cuti Tahun Baru
    Semua negeri kecuali Perlis, Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu

    14 Januari (Ahad)
    Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
    Negeri Sembilan sahaja

    15 Januari (Ahad)
    Hari Keputeraan Sultan Kedah
    Kedah sahaja

    23 Januari (Isnin)
    Tahun Baru Cina
    Seluruh negara

    24 Januari (Selasa)
    Hari Raya Cina (Hari kedua)
    Semua negeri kecuali Kelantan dan Terengganu
    (more…)

  • Kongsi dan Percuma Baucar KFC RM100 di Facebook Palsu

    Kongsi dan Percuma Baucar KFC RM100 di Facebook Palsu

    20120102-042805.jpg

    Sebelum lelap mata, saya dikongsikan dengan satu berita kononnya KFC sedang memberikan anda baucar KFC bernilai RM100 kepada mereka yang bertuah. Apa yang dapat saya katakan bahawa ini adalah scam semata mata dan hanya digunakan oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan. Apa yang jelas ialah logo KFC masih lagi menggunakan logo yang lama. Diharapkan jangan ada yang taksub untuk dapatkan voucher ini, mungkin akaun anda akan digodam.