Semalam, semasa dalam perjalanan ke Mont Kiara, sebuah treler dengan muatan kereta Proton memintas. Di atas, ada beberapa buah kereta yang berbalut, tanpa ragu-ragu, itulah kereta baru keluaran Proton. Dengan codename Proton P3-21A, atau bakal dikenali sebagai Proton Preve, satu lagu kejayaan dalam industri automotif negara akan menjadi kebangaan kita.
Dalam laman web Proton Edar baru-baru ini ada memuatkan spesifikasi dan gambar bagi model baru ini. Namun, beberapa hari kemudian kesemua maklumat ini ditarik balik, mungkin untuk tujuan pemasaran. Jadi, spesifikasi lengkap akan diperkenalkan kepada anda pada 16 April ini.
Paul Tan melalui channel Youtube beliau, memuat naik teaser yang disediakan oleh Proton Edar, memberi sedikit gambaran tentang model baru ini.
Proton Preve akan dikeluarkan dalam dua variasi, Preve 1.6 Executive dan Preve 1.6 Premium. Dikuasakan dengan enjin CamPro IAFM+, dengan 1597 kuasa kuda mampu menjana kelajuan maksimum sehingga 180 km/j bagi transmisi manual 5 kelajuan atau transmisi automatik. Bagi transmisi CVT 6-kelajuan, kelajuan maksimum yang mampu dicapai ialah 170 km/j.
Kadar penggunaan minyak bagi setiap 90km/j, dianggarkan 6.2 liter/100km untuk transmisi manual dan automatik.
Model ini didatangkan dengan lampu depan LED, pedal penukar ProTronic 7-kelajuan, enjin 1.6LÂ turbo-charged, ABS dengan EBD dan Electronic Stability Control (ESC), Reinforced Safety Structure (RESS), butang Push-Start, paparan maklumat pintar, ruang dalaman yang luas dan peranti GPS dengan skrin sesentuh.
Variasi CVT menawarkan fungsi yang lebih kemas seperti brake assist (BA) dan traction control, beg udara sisi, lampu hadapan automatik dan seat mounting daripada ISOFIX.
Harga yang dicadangkan bagi variasi 5-kelajuan manual/automatik ialah RM 59,990.00 (metalik) atau RM 59,540.00 (biasa) dan CVT berharga RM 62,990 untuk metalik dan RM 62,540.00 untuk cat biasa. Maklumat lanjut di www.driveittobelieveit.com.my
Other articles you might like;
Konfius sekarang ni nak angkat Proton Preve atau Ford Fiesta. Dua2 sama cun. Hehehe.. Kena test drive dulu Preve ni camane. Kalau best, lebih baik angkat Preve. Harga pun murah 10k lebih berbanding Fiesta.