≡ Menu

Usah sambut merdeka berasingan

Pembangkang dinasihatkan tidak membelakangkan sambutan Hari Kemerdekaan hanya kerana perbezaan fahaman politik dengan parti memerintah.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata pembangkang perlu menghormati Hari Kemerdekaan dan bersama dengan kerajaan dalam meraikan hari keramat Malaysia itu.

“Sesiapapun boleh beri pandangan termasuk tidak bersetuju dengan Janji Ditepati (tema Hari Kemerdekaan tahun ini) juga kritik simbolnya, tetapi saya mohon jangan terpesong daripada hormati Hari Merdeka.

Tidak usah diganti (tema), sebab kerajaan sudah putuskan ‘Janji Ditepati’ diguna tahun ini”. – Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

“Bagi seseorang yang menjadi pembangkang di negara ini, bangkangan itu tidak sahih jika dia membelakangi Hari Merdeka,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pembangkang yang bercadang menggunakan tema ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ bagi sambutan Hari Kemerdekaan dan mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan yang berasingan menggunakan tema dipilih mereka.

Rais berkata, sekiranya pembangkang berdegil mahu mengadakan sambutan secara berasingan, tindakan itu adalah yang pertama sejak negara merdeka.

“Tidak usah diganti (tema), sebab kerajaan sudah putuskan ‘Janji Ditepati’ diguna tahun ini dan kiranya tiada aral pada masa akan datang, kita timbang tema (pembangkang), kita jalinkan dalam program lain

“Saya tidak gusar mereka terima atau tidak terima, buatlah apa yang patut, tetapi saya mohon wajarlah kita bersama dan beri penekanan kepada sayangnya kita kepada Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Sumber: Usah sambut merdeka berasingan

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment