≡ Menu

Papar Semula Dokumen dan File Tersembunyi dalam Pendrive

Salam. Sedikit tutorial untuk recover (sembuhkan atau adakan semula) hidden files yang telah diserang virus. Di sini, sarang utama penyebaran virus adalah di Makmal ataupun Perpustakaan. Selepas menggunakan komputer di sana, anda sudah pasti akan membawa virus yang telah berjangkit di dalam pendrive anda. Virus ini juga dikenali dengan nama Win32.Sality.2.NX atau Backdoor.IRCBot.ACME.

Virus ini menyebabkan file Microsoft Word (*.doc) anda menjadi aplikasi (*.exe) dan BitDefender atau mana-mana anti virus akan secara langsung memadam file tersebut. Dengan perasaan kecewa anda akan menjadi lebih tertekan akibat kehilangan file tersebut. Jangan risau! Adam ada tips untuk dikongsi bersama.

Sebenarnya virus itu tidaklah menggodam (istilah kampung; memakan) file tersebut tetapi hanya bermain hide and seek dengan anda. Maksudnya, virus itu menggantikan file *.doc kepada *.exe dan menyembunyikan file *.doc anda. Walaupun file *.exe tadi telah dipadam, namun anda boleh recover semua file anda menggunakan kaedah berikut.

1. Klik Run atau Start + R dan taip “cmd” jalankan Command Prompt.

2. Pilih destinasi pendrive anda. Kebiasaannya “I:”, “J:” atau “H:” dan taip di Command Prompt. Taip “H:” untuk hard disk atau pendrive berlabel H.

3. Taip “attrib /d /s -a -s -h *.*” di Command Prompt.

4. Alhamdulillah, semua file anda sudah berjaya diselamatkan!

Mudah bukan? Teknik ini juga dapat digunakan untuk menunjukkan semua hidden files di dalam cakera keras atau pendrive anda. Sila sebarkan untuk kebaikan bersama.

Other articles you might like;

11 comments… add one
  • Viere April 9, 2009, 1:21 am

    Mcm tukar pi system file ja .doc tu?

  • Adam April 9, 2009, 2:58 am

    @Viere – Virus durjana tu hiddenkan .doc dan duplicate .doc kepada .exe. Bila scan dengan antivirus, automatik akan detect sebagai virus.

    Kaedah di atas mengembalikan semua file .doc yang dihidden oleh virus tersebut.

    Harap membantu =)

  • ashraf April 10, 2009, 1:04 pm

    perkara biasa la masuk lib… semua pakat sumbat pendrive masing2.. show hidden file boleh kan dapat balik… klu tak leh show masuk regedit.. edit registry… sama la apa kau buat pakai command promt ni kan?

  • Adam April 10, 2009, 4:46 pm

    @ashraf – virus ni lain macam sikit. dia guna attribute system. Maksudnya kena disable guna Command Prompt dan kalau Show Hidden Files pun takkan jumpa.

    So aku dedahkan cara ini untuk kebaikan bersama. Nanti aku akan upload CMD yang dah dicompile. Lagi mudah rasanya. Tak perlu nak hafal commmand ni semua. =)

  • Richie April 11, 2009, 12:04 pm

    nice tutorial.. thanks :)

  • Adam April 11, 2009, 12:40 pm

    @Richie

    Selamat datang :)

  • Muaz Hadi April 13, 2009, 10:25 pm

    wah bagus! aku pernah kene, kaspersky padam exe semua tuh, n yg doc tu jadik hidden. aku hangin jadik buang semua trus. menyampah giler! kena save tuto ni, kot2 jadik lagi nanti. tQ for the nice tuto

  • Adam April 13, 2009, 11:58 pm

    @Muaz Hadi – Terima kasih. Hafal line ketiga tu, mudah saja kan. Kalau BitDefender pun nanti dia akan delete virus tu bila detect.

  • wan, uitm December 13, 2009, 7:01 pm

    great job A/R.. Allah rahmati u.

Leave a Comment