Category: Fakta

  • Harga Roadtax Kereta di Malaysia

    Harga Roadtax Kereta di Malaysia

    Dalam tak sedar, rupanya cukai jalan (road tax) dah expired baru-baru ni. Maksudnya, kena keluar duit untuk renew roadtax dan insurans/takaful. Aku mencari jugak insurans/takaful yang mudah untuk diproses. Kalau nak mudah, guna servis MyEG yang bolehkan kita beli insurans/takaful dan buat renew road tax dengan mudah.

    Selepas selesai semua urusan, road tax kita akan dihantar secara terus ke alamat dengan caj minimum RM6. Ok lah tu, daripada kena keluar minyak untuk berjumpa dengan ejen insurans/takaful di Padang Jawa, Shah Alam kan.

    Kat sini saya kongsikan senarai anggaran harga road tax untuk rujukan. Jom gunakan servis renew roadtax online yang disediakan oleh RS Solutions di sini.

    Harga Roadtax Perodua

    • Perodua Kembara 1.3cc RM100
    • Perodua Myvi 1.3cc RM70
    • Perodua Myvi 1.5cc RM90
    • Perodua Kancil RM20
    • Perodua Kelisa RM20
    • Perodua Alza RM90

    Harga Roadtax Proton

    • Proton Saga 1.3cc RM70
    • Proton Saga 1.6cc RM90
    • Proton Iswara 1.3cc RM70
    • Proton Iswara 1.5cc RM90
    • Proton Savvy 1.2cc RM55
    • Proton Wira 1.3cc RM70
    • Proton Wira 1.5cc RM90
    • Proton Waja 1.6cc RM90
    • Proton Gen2 1.3cc RM70
    • Proton Gen2 1.6cc RM90
    • Proton Exora 1.6cc RM90
    • Proton Satria 1.6cc RM90
    • Proton Perdana 2.0cc RM380
    • Proton Inspira 1.8cc RM279.20
    • Proton Inspira 2.0cc RM 379.00

    Harga Roadtax Honda

    • Honda City 1.5cc RM90
    • Honda CRV 2.0cc RM438.80
    • Honda Accord 2.0cc RM378.50

    Harga Roadtax Toyota

    • Toyota Vios 1.5cc RM90
    • Toyota Unser 1.8cc RM354.30
    • Toyota Cambry 2.0cc RM379
    • Toyota Innova 2.0 RM379
    • Toyota Caldina 2.0cc RM379
    • Toyota Estima 2.4cc RM729.60
    • Toyota Wish 1.8cc RM278.80

  • Kelebihan Penapis Air Coway

    Penapis air Coway Petit

    Dewasa ini, memiliki penapis air di dalam rumah adakah satu keperluan. Air yang dicurahkan terus dari tangki simpanan walaupun dirawat namun dikhuatiri masih lagi mengandungi bendasing yang boleh menjejaskan kesihatan peminumnya.

    Terdapat banyak jenis penapis air di pasaran, daripada penapis air tunggal sehingga enam penapis air. Berikut adalah ciri-ciri penapis air yang patut anda miliki.

    (more…)

  • Graf kenaikan harga minyak di Malaysia

    Graf kenaikan harga minyak di Malaysia

    Minggu lepas kita dikejutkan dengan kenaikan harga minyak atau disebut pengurangan subsidi oleh kerajaan. Hasil daripada rekod di Internet, graf ini menunjukkan naik dan turun harga minyak di Malaysia.

    Ramai pasti ingat 5 Jun 2008 di mana harga minyak RON 95 mencapai harga paling tinggi iaitu kenaikan sehingga RM2.70 seliter.

  • Panduan Tukar Milik Kenderaan Secara Sukarela di JPJ

    Panduan Tukar Milik Kenderaan Secara Sukarela di JPJ

    Panduan Tukar Milik Kenderaan Secara Sukarela di JPJ

    Menukar hakmilik kenderaan di JPJ amatlah mudah sekiranya kita membuat sedikit kajian sebelum ke JPJ. Sekiranya kita terus menyerang JPJ, mungkin anda terpaksa beberapa kali berulang alik ke JPJ yang berkenaan. Bagi yang tidak mempunyai masa, anda boleh sahaja melanggan perkhidmatan yang disediakan oleh MyEG – Sistem Tukar Milik Sukarela dengan bayaran yang minima.

    Tukar Hak Milik Kenderaan dilaksanakan di bawah Seksyen 13 Akta Pengangkutan Jalan 1987 di mana sebarang tukar hak milik kenderaan mesti dimaklumkan kepada Pengarah JPJ Negeri dalam tempoh 7 hari. Saya fokuskan panduan ini kepada Kenderaan Persendirian seperti motorsikal dan kereta. Bagi kenderaan perdagangan, anda boleh rujuk laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, di sini.

    (more…)

  • Semak Pendaftaran Perniagaan Online dengan SSM Online

    Semak Pendaftaran Perniagaan Online dengan SSM Online

    Semak Pendaftaran Perniagaan Online dengan SSM Online

    Membeli dan menjual secara online hari ini menjadi satu yang biasa. Namun, dalam menjalankan transaksi ini ada yang cuba mengambil kesempatan atas orang lain. Ada yang menipu dengan hanya mengiklankan produk, kemudian melarikan diri, ada yang menghantar barang yang rosak, dan banyak lagi kes yang telah dilaporkan kepada tribunal pengguna.

    Salah satu cara meyakinkan bahawa perniagaan online yang dijalankan adalah berdaftar, mereka akan menyertakan salinan sijil pendaftaran syarikat (ROB) di laman jualan mereka. Dengan itu, pembeli akan berasa lebih yakin untuk membeli dengan penjual tersebut. Sekiranya berlaku masalah, mereka mudah untuk menghubungi penjual.

    (more…)

  • (MUAT TURUN) Manifesto Pakatan Rakyat PRU 13

    (MUAT TURUN) Manifesto Pakatan Rakyat PRU 13

    (MUAT TURUN) Manifesto Pakatan Rakyat PRU 13

    Menjelang Pilihanraya Umum ke-13, Pakatan Rakyat mengumumkan manifesto mereka melalui media massa bagi menjelaskan kebersediaan mereka dalam merubah Malaysia.

    Antara manifesto yang dikenali sebagai Manifesto Rakyat, ialah menurunkan harga kereta dan harga minyak, mengenakan caj air dan elektrik yang lebih rendah, menghapuskan tol di lebuhraya, menghapuskan monopoli, menyediakan 150,000 rumah selesa mampu milik melalui Perbadanan Perumahan Negara, menghapuskan PTPTN dan menyediakan pendidikan percuma, menghapuskan sistem AES dan banyak lagi.

    (more…)