Paling terharu, 100% duit pembelian motor ini, adalah duit melalui pendapatan internet yang Khai terima dan kumpul selama ini (plus RM650 duit insurans motor lama). Alhamdulillah dan motor ini di bawah nama Khai sendiri.
~ Khai
Ya! Quote tersebut dipetik daripada tulisan Khai di entri beliau bertajuk Awek baruku adalah 125ZR yang baru mungkin membuatkan anda tertanya-tanya bagaimana Khai boleh membeli sebuah motorsikal 125ZR daripada pendapatan Internet? Pernah Adam bercerita di Buat Duit daripada Internet tentang bagaimana untuk mencari pendapatan sampingan daripada Internet. Selain itu banyak lagi cara-cara yang tidak dimasukkan ke dalam posting tersebut yang boleh diperolehi secara meluas di Internet.
Ingin juga Adam kongsikan di sini tentang Pendapatan Adam di Internet. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi sekadar berkongsi pengalaman. Walaupun tidaklah sehebat penulis-penulis blog yang lain tapi Adam berbangga kerana dapat menjana pendapatan sampingan daripada Internet. Cara yang paling mudah untuk menjana wang daripada Internet ialah dengan meletakkan iklan di laman web. Dengan cara ini, Adam telah berjaya memperoleh dua kali cek bernilai USD100++ daripada Google AdSense dan 2 kali cek bernilai RM57 dan RM143 daripada Nuffnang. Anda boleh melakukan kajian terhadap blog yang lebih tinggi trafiknya dan berapakah jumlah pendapatan mereka melalui iklan?
Selain daripada itu, Adam juga menjalankan perniagaan Internet dengan menyediakan perkhidmatan membangunkan laman web. Alhamdulillah, dapat juga Adam membeli apa yang Adam idamkan tanpa meminta daripada orang lain. Itu adalah satu kepuasan. Jika anda tanyakan kepada Khai dengan mengaitkan statement di atas, sudah pasti beliau akan menjawab, “Kepuasan adalah membeli idaman menggunakan wang sendiri”. =)
Anda boleh mengunjungi blog Internet Marketers seperti SaifulSham untuk mendapatkan pelbagai tips dan e-book panduan percuma untuk memulakan langkah kanan dalam menjana wang daripada Internet.
Other articles you might like;
Salam kenal
Thanks atas lawatan dan komen kat blog saya. Pengiklanan sememangnya salah satu sumber untuk mencipta pendapatan di internet. Semestinya pula trafik memang berkaitan rapat dengn pengiklanan untuk meningkatkan pendapatan pengiklanan kita
dah wat duit ngan tenet ye ko ni.. aku ni baru je merangkak.. banyak tuh $100.. convert dah jadi 300+ tu.. anyway thanks bg sedikit peniup semangat camni..
@Afzai Afandi – Terima kasih kerana sudi membuat kunjungan balas. Saya tidak nafikan bahawa trafik yang tinggi akan membawa pengiklan ke laman web. Sekarang saya masih mencuba membuat kajian untuk ini.
@Ahfizfazi – Sama-sama kita berusaha untuk menjana pendapatan melalui Intenet :)
“Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.” (Al-Anfaal 8:74)
Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya….dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq
@Fuad – Terima kasih. Saya sudah letakkan blog saudara dalam pautan saya. :)
Duit dari letak iklan memang best…..tapi kena make sure blog dalam keadaan trafik yang tip top….
Benar bang. Trafik itu segalanya :)
Thanks bro ada sebut pasal justkhai kat atas tu. Pelik kenapa x sampai plak trackback dia..
Anyway, dengan usaha yang kuat dan kesabaran yang tinggi, insyaAllah akan berhasil..
Siapa-siapa pun dalam dunia ni bermula dari bawah. Tanpa kekuatan dan ketabahan, sememangnya ramai sudah tersungkur..
all the best ~
Info yg menaikkan semangat…terima kasih bro.