
Salam. Sedikit tutorial untuk recover (sembuhkan atau adakan semula) hidden files yang telah diserang virus. Di sini, sarang utama penyebaran virus adalah di Makmal ataupun Perpustakaan. Selepas menggunakan komputer di sana, anda sudah pasti akan membawa virus yang telah berjangkit di dalam pendrive anda. Virus ini juga dikenali dengan nama Win32.Sality.2.NX atau Backdoor.IRCBot.ACME.
Virus ini menyebabkan file Microsoft Word (*.doc) anda menjadi aplikasi (*.exe) dan BitDefender atau mana-mana anti virus akan secara langsung memadam file tersebut. Dengan perasaan kecewa anda akan menjadi lebih tertekan akibat kehilangan file tersebut. Jangan risau! Adam ada tips untuk dikongsi bersama.
Sebenarnya virus itu tidaklah menggodam (istilah kampung; memakan) file tersebut tetapi hanya bermain hide and seek dengan anda. Maksudnya, virus itu menggantikan file *.doc kepada *.exe dan menyembunyikan file *.doc anda. Walaupun file *.exe tadi telah dipadam, namun anda boleh recover semua file anda menggunakan kaedah berikut.
1. Klik Run atau Start + R dan taip “cmd” jalankan Command Prompt.
2. Pilih destinasi pendrive anda. Kebiasaannya “I:”, “J:” atau “H:” dan taip di Command Prompt. Taip “H:” untuk hard disk atau pendrive berlabel H.
3. Taip “attrib /d /s -a -s -h *.*” di Command Prompt.
4. Alhamdulillah, semua file anda sudah berjaya diselamatkan!
Mudah bukan? Teknik ini juga dapat digunakan untuk menunjukkan semua hidden files di dalam cakera keras atau pendrive anda. Sila sebarkan untuk kebaikan bersama.

Leave a Reply