Tag: Google

  • Pendapatan daripada Internet

    Paling terharu, 100% duit pembelian motor ini, adalah duit melalui pendapatan internet yang Khai terima dan kumpul selama ini (plus RM650 duit insurans motor lama). Alhamdulillah dan motor ini di bawah nama Khai sendiri.

    ~ Khai

    Ya! Quote tersebut dipetik daripada tulisan Khai di entri beliau bertajuk Awek baruku adalah 125ZR yang baru mungkin membuatkan anda tertanya-tanya bagaimana Khai boleh membeli sebuah motorsikal 125ZR daripada pendapatan Internet? Pernah Adam bercerita di Buat Duit daripada Internet tentang bagaimana untuk mencari pendapatan sampingan daripada Internet. Selain itu banyak lagi cara-cara yang tidak dimasukkan ke dalam posting tersebut yang boleh diperolehi secara meluas di Internet.

    Ingin juga Adam kongsikan di sini tentang Pendapatan Adam di Internet. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi sekadar berkongsi pengalaman. Walaupun tidaklah sehebat penulis-penulis blog yang lain tapi Adam berbangga kerana dapat menjana pendapatan sampingan daripada Internet. Cara yang paling mudah untuk menjana wang daripada Internet ialah dengan meletakkan iklan di laman web. Dengan cara ini, Adam telah berjaya memperoleh dua kali cek bernilai USD100++ daripada Google AdSense dan 2 kali cek bernilai RM57 dan RM143 daripada Nuffnang. Anda boleh melakukan kajian terhadap blog yang lebih tinggi trafiknya dan berapakah jumlah pendapatan mereka melalui iklan?

    Selain daripada itu, Adam juga menjalankan perniagaan Internet dengan menyediakan perkhidmatan membangunkan laman web. Alhamdulillah, dapat juga Adam membeli apa yang Adam idamkan tanpa meminta daripada orang lain. Itu adalah satu kepuasan. Jika anda tanyakan kepada Khai dengan mengaitkan statement di atas, sudah pasti beliau akan menjawab, “Kepuasan adalah membeli idaman menggunakan wang sendiri”. =)

    Anda boleh mengunjungi blog Internet Marketers seperti SaifulSham untuk mendapatkan pelbagai tips dan e-book panduan percuma untuk memulakan langkah kanan dalam menjana wang daripada Internet.

  • Rezeki Ramadhan

    Assalamualaikum WBT.

    Dalam posting sebelum ni tentang kehendak untuk mendapatkan beberapa barang dalam “wishlist” telah mendapat perhatian daripada saudara Fakhrul yang telah membuat balasan tentang niat Adam untuk memiliki semua yang tersenarai dalam “wishlist” Adam dengan peruntukan sebanyak RM 5000 kecuali sebuah kereta yang tidak mampu dimiliki dengan peruntukan tersebut.

    Sebenarnya, Adam telah menyertai sebuah perniagaan dengan saudara Fakhrul baru-baru ini. Adam telah menjadi sleeping partner kepada saudara Fakhrul. Walaupun baru memulakan perniagaan ini tapi Alhamdulillah perniagaan kami telah mendapat pulangan yang agak sedap mata memandang. Selepas mendapat semula modal, untung kami berganda dan mungkin ini adalah rezeki Ramadhan.

    (more…)

  • Selamat 31 Ogos

    Haha. Apakah rasionalnya tajuk di atas? Mungkin suka-suka. Akibat ketiadaan laptop telah menjadikan Adam susah untuk membuat posting. Baru tadi Adam terfikir bahawa suda 3 tahun Adam berblog akan tetapi hanya 165 posting dalam jangkamasa tersebut. Statistik ini membuktikan bahawa Adam merupakan seorang blogger yang kurang bersosial dalam membuat posting.

    Hujung minggu ini UiTM Melaka akan kesepian kerana ramai warganya telah pulang ke kampung untuk cuti Hari Kebangsaan dan Sambutan Awal Ramadhan bersama-sama keluarga di rumah. Ya. Adam tak pulang untuk berbuat demikian kerana baru sahaja minggu lepas Adam pulang ke kampung. Kalau minggu ini balik juga mungkin Adam perlu mencari satu sumber kewangan yang lain mungkin mencari harta karun di kawasan hutan belakang kampus ini.

    Hari ini Adam dan RH5775 ke Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Perjalanan yang memakan masa selama 40 minit ini turut disertai oleh 4 orang rakan Adam yang lain iaitu Fad, Acud, Azza dan Nur. Tujuan asal kami ialah untuk membuat photo shooting dan juga aktiviti bermandi-manda. Namun nasib kurang menyebelahi kami kerana hujan lebat turun dan mengakibat arus deras. Walaubagaimanapun, kami tetap membuat photo shoot dan bermandi di kawasan yang rendah tahap kebahayaannya.

    Hm. Esok Adam sekali lagi akan bergerak dengan RH5775 ke Klang untuk ke rumah Azza bagi menyiapkan beberapa group assignment yang masih belum sempurna. Cukup untuk hari ini. Pendapatan Google AdSense untuk bulan ke dua mencecah USD 28 dan Nuffnang RM125. Tunggu masa untuk lebih banyak duit. Perlu gandakan usaha untuk menyiapkan tugasan yang tarikh hantarnya hanya di sekitar hujung bulan ini. Selamat Malam semua.

  • Kepulangan

    Salam. Setiap kali apabila tiba musim cuti Adam akan pulang ke Perlis. Sebenarnya Adam tidak mempunyai tajuk yang menarik untuk diletakkan apabila setiap kali Adam membuat posting tentang apabila Adam balik ke Perlis. Kali ini Adam balik ke Perlis sempena cuti pertengahan semester, agak lewat kerana menghadiri Photo Camp 2008. Tiket yang dibeli pada minggu lepas berharga RM58.50 bersama Hafiz dan Amer dirasakan amat bermakna kerana sudah lama Adam tidak balik menjenguk Umi dan adik-adik di Perlis. Juga ingin untuk bertemu rakan-rakan yang sudah sebulan lebih tidak berjumpa. Mungkin banyak aktiviti sempena cuti ini.

    (more…)

  • Jana Wang Adsense 2.0

    Jana Wang Adsense Versi 2.0 ini memberikan anda Strategi Dan Teknik Terkini yang lengkap Bagaimana Menjana Pendapatan melalui Google Adsense.

    Ianya ditunjukan secara bergambar dan praktikal langkah demi langkah, cara demi cara dan teknik demi teknik bagaimana menjana pendapatan secara online melalui google adsense.

    Sebaik sahaja anda memuat turun pakej ini, saya cadangkan anda membuat secawan kopi dan mula membaca dan mempraktikan strategi dan teknik yang saya berikan, bahkan anda boleh terus mulakan sekarang.

    Pakej Jana-Wang-Adsense telahpun dilancarkan pagi kemarin (semalam), jadi kepada newbie yang nak berkenalan dengan Google Adsense dan menjana pendapatan daripada Google Adsense, bolehlah mendapatkan buku tersebut dengan harga RM100. :)

  • Buat Duit daripada Internet

    Petang tadi, dapat satu soalan daripada Jeff tentang bagaimana nak dapatkan duit daripada internet. Daripada pemahanan seorang Adam Roeslani, Internet cumalah sebagai medium untuk mendapatkan wang dan dengan kata lain Internet boleh memberikan wang melalui usaha yang kita lakukan di Internet.

    Usaha mencari wang di Internet sudah menjadi satu kegilaan pada masa kini — banyak buku-buku yang dijual untuk memulakan perniagaan Internet atau menjana pendapatan daripada Internet ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Setelah menjalankan kajian di Google, sebenarnya banyak cara untuk membuat duit di Internet tetapi lebih banyak menumpukan satu kaedah untuk membuat wang. Menggunakan keyword “cara buat duit di internet” telah membawa anda 224,000 keputusan carian di Internet. Jadi, di sini saya simpulkan beberapa cara untuk membuat di Internet hasil daripada carian saya.
    (more…)