≡ Menu

Kepulangan

Salam. Setiap kali apabila tiba musim cuti Adam akan pulang ke Perlis. Sebenarnya Adam tidak mempunyai tajuk yang menarik untuk diletakkan apabila setiap kali Adam membuat posting tentang apabila Adam balik ke Perlis. Kali ini Adam balik ke Perlis sempena cuti pertengahan semester, agak lewat kerana menghadiri Photo Camp 2008. Tiket yang dibeli pada minggu lepas berharga RM58.50 bersama Hafiz dan Amer dirasakan amat bermakna kerana sudah lama Adam tidak balik menjenguk Umi dan adik-adik di Perlis. Juga ingin untuk bertemu rakan-rakan yang sudah sebulan lebih tidak berjumpa. Mungkin banyak aktiviti sempena cuti ini.

Isnin, 19 Ogos 2008

Kami ke Melaka Central dengan menaiki teksi yang disewa dari pekan Lendu dengan bayaran RM40.00 untuk tiga orang. Setibanya di MC sekitar jam 8.45 pagi kami ke gerai berhampiran untuk bersarapan pagi. Tepat jam 9.30 pagi kami menaiki bas Durian Burung X4 dan masing-masing terus memasang niat untuk tidur di atas bas. Berbekalkan air-cond yang sejuk disamping hujan lebat sepanjang perjalanan — ketiga-tiga rakyat Perlis ini terus lena dibuai mimpi. Perjalanan 10 jam sememangnya meletihkan. Jam 8.45 petang kami selamat tiba di Stesen Bas Kangar, Perlis. Kemudian lepak di FoodBall Corner untuk menjamah makan malam berupa Nasi Ayam Chicken Chop yang tidak dimakan lebih sebulan lamanya. Turut ada bersama-sama ialah Man, Mart, Amir, Pakku, Kimi dan Yap. Kemudian kami bergerak ke Dataran 365 untuk menghadiri Kangar Fest sempena perasmian bulan kemerdekaan.

Oh ya, Cek Google AdSense bernilai USD108.95 telah sampai ke Perlis. Mungkin akan dicashkan dalam masa terdekat. Hm, Adam sudah pasang angan-angan untuk apa duit itu akan digunakan. Mungkin Speedlite.

Selasa, 20 Ogos 2008

Bangun pagi kemudian terus memasang niat untuk mengemas rumah. Lalu mencapai set vakum bersama sebaldi air dan sehelai tuala Adam terus menjalankan operasi membersihkan sampah dan sawang. Agak keletihan kerana Adam membersihkan 6 kipas yang ada di dalam rumah selain daripada mengelap perabot dan tingkap. Memang itu kerja rumah — kalau penduduk dalam rumah tak buat siapa lagi nak buat kan? Jadi perlulah kita mengambil tanggungjawab ini.

Apabila tengah hari — tamatlah tugasan dan operasi pembersihan. Selesai mandi, Adam menyelesaikan beberapa kerja yang tertangguh semalam termasuk menyiapkan Q&A untuk interview Journalism yang diadakan di Utusan Malaysia minggu lepas. Umi masak spesial untuk makan tengah hari — Gulai Ketam dan Ikan Merah Goreng. Sedap.. Tapi, Adam ada masalah sikit dengan ketam jadi langsung tidak menjamahnya.

Apabila hari semakin petang — Adam dan rakan keluar untuk Photo Outing di Ladang Kuda Sungai Batu Pahat. Photo Outing yang julung-julung kalinya diadakan untuk warga RS ini disertai oleh Adam, Amer, Hafiz, Fakhrul dan Nu’man. Tujuan hari ini ialah untuk mendapatkan gambar panning, tetapi tiada kuda yang beraksi pada hari ini jadi kami hanya dapat beberapa gambar panorama dan potrait kuda.

Apabila malam, Adam menghabiskan masa di depan laptop untuk menyiapkan assignment yang masih tertangguh. Alhamdulillah, setengah sudah selesai dan ada beberapa sahaja lagi yang belum selesai termasuk gambar. Hm. Esok boleh keluar outing lagi. Hari-hari outing ya…

Other articles you might like;

1 comment… add one
  • Viere August 20, 2008, 12:12 pm

    sg batu pahat.. Ouhh… gamaq tadak ka

Leave a Comment

Next post:

Previous post: